Monday, December 27, 2010

Puff Berkrim Kastad








Sebetulnya dah lama berangan nak menjadikan benda alah ni kenyataan. Tapi tu lah, namaya pun berangan.. Cuma few days lepas dapat merealisasikan keberanganan itu. Tu pun macam nak buat untuk dibawa ke jamuan jiran tetangga.

Kebetulan entry kali ni sama dengan Cik Lady of Leisure punya.. Sama-sama guna resipi Cik Mat Gebu. Tapi puff Lady posing anggun. Saya punya just like kalut buat, and kalut ambik gambaq sebelum hantar semua puff tu pi rumah jiran.



Saya copy Cik Mat punya resipi dan lekatkan di sini saja. Tq Cik Mat.

Bahan-bahan :
BAHAN CREAM PUFF :
  • 50 gram mentega
  • 125 ml air
  • 1/3 camca teh garam
  • 75 gram tepung gandum, diayak
  • 1 biji telur + 1 kuning telur, dikacau sebati
  • 1/2 camca teh esen vanilla

    BAHAN CUSTARD CREAM :-)
    • 1 kuning telur
    • 150 ml whipping cream
    • 1 1/4 camca besar tepung custard
    • 25 gram gula halus
    • 1 camca besar parutan keju cheddar
    • 1/2 camca teh esen vanilla
    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. UNTUK CUSTARD CREAM :- Satukan semua bahan2 untuk custard cream, kecuali keju, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga panas. Masukkan keju dan terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali. Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard tadi ber"kepala" (atau permukaannya menjadi keras). Ketepikan.
    2. UNTUK CREAM PUFF :- Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati. Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega Buat hingga siap.
    3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri...
    Enjoy!

    19 comments:

    kasihredha said...

    sehati sejiwa dgn lady le...boleh sama N3 kueh yg sama & resepi yg sama...baguih2.
    Sat lagi akak nak ngintai2 resepi ni pulak...nak berangan juga :)

    Anie said...

    Salam Hann,

    Babe, I tgk cantik dan anggun jer u punya puff. I buat benda ni jadi tak cantik langsung...boo hoo yg ada kluar oven cantik jer. 2 minute kemudian, semuanya kempis :( mennncciiiii arh. I punya turn lah tobat jeles dgn u :D hahahaz

    sal said...

    wah..sedapnya..

    Mas said...

    wow..cantiknya puff han tu.....

    Lady of Leisure said...

    hehehe sehati sejiwa betul kita yer, resepi sama, hehe.. benda sama.. post hari yang sama gitu.. :D

    maz said...

    blgwking Hann...cdpnyeee..

    Nuridah said...

    Salam Hann

    sedapnya puff tu...ini kalo sekali mkn tak cukup...hehehe

    Hajah Zainab bt Abdullah said...

    wahhh...lovely!

    Unknown said...

    Kak kasih..

    Kadang kita tak menjumpai orang yang sehati sejiwa dengan kita secara tiba-tiba. Ambik masa rupanya :)

    kadang berangan tu berbaloi.. selagi tak jatuh katil atau kerusi.. :)

    Unknown said...

    Oh Anie..

    akhirnya i berjaya membuat u jeles dengan i. Moral of the story.. u kena berangan macam i dulu, baru puff u boleh kembang.. hahha

    err.. anie.. rupanya perkataan tu lawak eekk.. i pon baru gelak guling-guling bila u tulis macam tu.. hahahhaha

    sila continue jeles.. hahahha

    Unknown said...

    Sal..

    sedap.. memang sedap.. heheh

    Unknown said...

    Mas..

    pada saya not so cantik.. tunggang langgang benaqnya. tapi bila masuk mulut rasa dia sama je.. so, kira ok lah kan.. bukan untuk display.. hehhe

    Unknown said...

    Lady.

    ha ah. I pon tak sangka kita serupa. btw.. i tobat jeles tengok yours sebab sek-si and ada stroberi la pulak sebagai penyeri..

    Unknown said...

    Lady.

    ha ah. I pon tak sangka kita serupa. btw.. i tobat jeles tengok yours sebab sek-si and ada stroberi la pulak sebagai penyeri..

    Unknown said...

    maz..

    thanks sudi singgah..

    Unknown said...

    nuridah..

    setuju.. kena makan banyak kali.. baru rasa sedap.. takt satu dua je, tak berapa nak rasa..

    Unknown said...

    Kak nab..

    tq sudi singgah..

    Anonymous said...

    whisk tu ape?

    Unknown said...

    Anon : Whisk tu adalah alat pengacau bahan.. :)

    Share

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails