Wednesday, February 1, 2012

Pizza setengah talam

Weather for Manchester, UK

-1°C | °F
WedThuFriSat
ClearClearClearFog
Partly Cloudy


Wind: NE at 8 mph


Humidity: 75%4°-7°2°-6°2°-5°6°-5°


Alhamdulillah, 'ala kulli haalin.
Isnin lepas (30/1/2012), saya telah memulakan pengajian saya bagi semester kedua.
Lama juga saya tak makan kat EATS university sejak tamat kelas semester pertama.
Hari ni, selesai saya dan Lenny hantar High Demand book yang kami pinjam selama dua malam,
kami singgah makan kat University Place.

Gembira..
ada Asian Street food promotion. Rujuk gambar ka bawah.
Tulis Nasi Goreng tu yang rasa sangat macam kat Malaysia.
Tapi bila tengok tukang cedok makanan..
lebih bangga sebab nasi goreng telah melangkaui arena antarabangsa.
Promosi kat EATS bagi lunch/dinner adalah setiap set makanan, tak kira lah, pizza atau pasta atau nasik, atau burger, disetkan dengan minuman bergas, berharga 3.99. Berbaloi juga sebab portion besar untuk sorang makan.
Maaf dengan kualiti gambar.. pakai telepon je.. tak bawak kamera pulak hari ni..


Lupa nak ambik gambar food. Ada nasi goreng, dan ditambah dengan daging ayam atau daging kambing. Nampak lazat, but saya malas nak makan nasik.. hehhehe.. nasik goreng baba buat lagi sedap..


Bila datang EATS ni, saya sesungguhnya tak berminat dengan berbagai pilihan kopi yang ada, tapi suka nak pilih-pilih teh Earl Grey yang ada di kaunter kopi. selalunya, bila makan berat, macam makan tengahari ni, saya suka minum something yang tak bersusu, supaya perut macam tak penuh dan padat sangat. Again, balm of the soul menjadi pilihan saya, dari koleksi Earl Grey.

Kali ni saya pilih yang ni.. white tea, elderflower and apricot. Tadi ada juga nampak ginger and blueberi ka hapa tah.. but tak berapa berahi untuk itu .. hahah. ayat.. macam apa ja..

Saya pening nak makan apa.. sudahnya makan pizza nih.. vegetarian pizza. Apa yang anda nampak ni hanya tinggai se slice yang besar.. yang dia bagi kat saya.. setengah talam.. masa tengok tu.. tegejut badak.. tak penah la makcik ni makan pizza sampai setengah talam.. but, manage to habis.. bukannya tebal sangat crust dia.. so, boleh la makan .. tihihi.. Teruja boleh habis.. tapi petang, jam 3.30 masa perjumpaan dengan Convener programme, perut lapar.. hehe.. makan begitu banyak pun lapaq lagi.

Ni sahabat seperjuangan saya punya.. tak ingat nak snap set makan dia yang lebih ke"dayetan".. Lenny ada beli soup warna hijau tadi, pepper and apa kebenda entah, leek kot. Rasa dia ok lah.. macam ada rempah, dan rasa soup orang putih, dicicah dengan roti.. dan Lenny ambik salad juga.. semangkuk gini, siap dengan crouton bagai. Kalau tengok kat kaunter salad, ada banyak benar pilihan, seperti nak mencedok semua. Harga bagi satu set makanan Lenny, soup dan dua bijik roti, semangkuk salad, dan mochachiata coffee adalah kurang berapa pence je 5 pound..

Kalau ikutkan, makanan gini adalah lebih mahal berbanding makanan yang betul-betul berat. Pizza setengah talam, dan teh saya itu berjumlah GBP 2.99..

Gitu lah makan di tempat ni.. berasa gitu2 je.. nak cilok sos dari kaunter lain pun kena charge.. makan takat lapik perut je, dan tak lah sedap sampai balik rumah teringat nak ulang makan lagi. Omputih kat sini makan tak rasa pedas-pedas sikit cam kita kot. Andai saya diberi peluang masak nasik goreng sempena Asian food tuh.. agak-agak kalau saya buat nasik goreng belacan, nasik putih dengan sambal belacan, atau petai dan genuak dan budu dan tempe dan set makanan melayu gitu, ada omputih, omblack, omkelabu yang teruja tak? heheh..

Sekian, terima kasih.
Babai.



WEEKLY PRAYER TIMES
 MANCHESTER, ENGLAND, UNITED KINGDOM
Latitude: N 53deg 30min    Longitude: W 2deg 13min

Qibla: 118:30:7 E (From N) |


 
WEEK
29 January 2012   -   4 February 2012
6 Rabi Al-Awwal 1433 - 12 Rabi Al-Awwal 1433


Jan
Feb

Rabi1

Day

Fajr
(Dawn)

Shorook
(Sunrise)

Zuhr
(Noon)

Asr
(Afternoon)

Maghrib
(Sunset)

Isha
(Night)
296Sun5:588:0012:222:214:456:47
307Mon5:567:5812:222:224:466:49
318Tue5:557:5712:222:244:486:50
19Wed5:547:5512:222:254:506:52
210Thu5:527:5312:232:274:526:53
311Fri5:517:5212:232:294:546:55
412Sat5:507:5012:232:304:566:57





Tuesday, January 17, 2012

Rogan Josh dan Biryani Selamba

Current Conditions

3°C 10:47 PM  CLEAR

   
 RealFeel®  -2°C



Yeay! gembira sebab nak update blog. Boleh gitu?

Ni cerita yang agak lama.. kite masak ni almost every week sekarang sebab ada yang dah ketagih.. hehehhe..
Nak dijadikan cerita, kite teruja nak buat si Rogan Josh ni sejak sahabat kite zaman sekolah hari tu, siap pesan sebelum kite sampai sini untuk try masakan ni.. a kind of masakan India/Pakistan yang lazat dimakan dengan nasik biryani. Masa awal dulu, sementelah kite sibuk, kite macam tak kosa nak masak benda baru ni.. Tapi kite beli bahan masakan dia kat kedai pakistan, setelah sekian lama membelek kat rak depa.. study setiap satu.. hahhah.. macam jakun je.

Resipi ni menggunakan daging. Dan daging kat sini, kalau beli dan nakkan ketulan daging je, yang tu lah anda akan dapat.. daging semata, tanpa lemak dan urat sekalipun. Memandangkan saya dan baba suka yang ada sikit2 urat, dan baba suka yang ada lemak sikit-sikit.. makanya baba beli tulang terus.., bila sebut tulang, bukan tulang semata macam kat sana, but ada bayak daging bersama dengan tulang itu, menjadikan sangatlah sedap dimakan bila dah masak. Dan untuk masak benda yang gini, kalo pakai periuk biasa, makanya akan berzaman lah tunggu. dan kebetulan lagi, Tefal outlet baru dibuka di Lowry Outlet Mall, dan kami menjumpai Tefal Wikook yang adalah sejenis pressure cooker, tapi boleh dibukak ketika sedang dimasak. Berbaloi-baloi beli.. dan sangatlah berguna.. Dan untuk masakan ni, dalam masa 30 minit, confirm boleh siap.. Saya belli masa sale.. dalam 20 pound je gitu..

Resipi ni saya adaptasikan dari sini, setalah mengkaji keseluruhan resipi rogan josh yang terdapat di alam maya, maka rasanya yang ni lah yang paling simple dan senang nak buat. Saya telah mengkhianati sikit bahagian permulaan resipi ni, dan menjadikan dia lebih simple. Kalau nak ikut chef yang jelita tu pon buleh, nak ikut cara chef yang tak bertauliah ni pun sedap.. hahahhaha..

Rogan josh ni kombinasi yang sangat padan dengan nasik biryani.. Nasik Biryani Selamba ni, baba yang buat.. setelah dipaksa.. hahhahah.. Walau selamba, tetap sedap! 

Jom kita memasak!

Bahan-bahan :


  • 600 g lamb, chopped into 2.5 inch pieces/ daging lembu dengan kombinasi tulang
  • 3 tbsp garlic and ginger paste - bawang putih dan halia
  • 3 tbsp oil- minyak
  • 2 tsp salt- garam
  • 1 tsp turmeric powder - serbuk kunyit
  • 3 tsp garam masala - garam masala
  • 2 tsp coriander powder - serbuk ketumbar
  • 2 tsp ground cumin -serbuk jintan putih
  • 2 tbsp plain yoghurt - yoghurt
  • 1 tsp chilli powder - serbuk cili
  • 2 medium onions, finely chopped - bawang besar yang dicincang
  • ¾ tin of peeled plum tomatoes - saya guna 1 tin chopped tomato
  • fresh coriander, to garnish - saya kehabisan stok yang ni, makanya saya punya togel je
  • 1 saucepan with lid - bahan perlu untuk masak
  • 1 metal or wooden spoon to stir - pengacau..


Metod penyediaan :


Step 1: Fry onion

Add oil into a saucepan and heat on a high heat until it is very hot. Now add in the finely chopped onions and stir fry until the pieces soften and become translucent.

Masukkan minyak dalam periuk yang bersesuaian, dan panaskan dengan api yang kuat. Masukkan bawang yang telah dicincang dan tumis sehingga bawang lembut dan kejernihan.

(Untuk part ni, saya gunakan khianat sikit. Bawang besar, bawang putih dan halia, saya blen sekali harung, dan masuk dalam periuk.. jimat masa dan tenaga.. :)   )

Step 2: Add pastes

Then add the garlic and ginger paste and keep stir-frying for 3 minutes to prevent burning and until the mixture turns light golden - Saya abaikan part ni

Add all of the ground spices and keep stirring whilst continuing to fry on a high heat.
Masukkan semua bahan-bahan rempah dan tumis hingga pecah minyak.

Step 3: Add the meat

Then add the lamb and stir into the mixture; fry on a high heat for 5 minutes until the meat has fully browned./ Masukkan daging, dan kacau sehingga semua bahan rempah sebati menyaluti daging. Masak sekurangnya lima minit sehingga daging berubah warna kecoklatan.

Step 4: Add tomatoes

Add in the tinned tomato and mash the tomatoes into the mixture with a spoon, taking care to ensure that the plum tomatoes do not remain in chunks and stir into the meat mixture.
Masukkan  tomato, dan kacau sehingga sebati

Step 5: Stir in yoghurt

Allow to cook uncovered for 5 minutes before adding the yoghurt. Stir this in and then cook on a high heat to bring this to the boil.
Biarkan daging masak lebih kurang 5 minit sebelum memasukkan yoghurt. Kacau sehingga sebati dan biarkan sehingga mendidih.

Now cover the pan with a lid simmer on a very low heat for 30 minutes. After this, take the lid off and give the mixture a stir.
Tutup periuk tekanan, dan perlahankan api. Biarkan mendidih lebih kurang 30 minit. Setalah tempoh tersebut, buka periuk tekanan dan kacau seketika.

Step 6: Simmer and stir every 30 minutes

Replace the lid back on the pan and let it simmer for another 30 minutes. Repeat this for around one and half hours - and you will notice that the consistency of the mixture is a bit thicker – the meat is very tender and the colour of the sauce is redder/browner.
Kalau guna periuk tekanan, masa ni dah boleh letakkan gula dan garam, dan sesuaikan dengan rasa. Kuah seharusnya sedikit pekat, daging lembut dan berwarna merah/kecoklatan.

Serve hot, garnished with fresh coriander
Hidangkan semasa masih panas dan berasap.. dan hiaskan dengan coriander segar.







Enjoy!

Sebelum titik. : Agak tersekat-sekat buat entry masak ni.. samalah macam dah lama tak masuk dapoq.. hahahhah.. take care all.

dah dulu
Titik




WEEK
15 January 2012   -   21 January 2012



21 Safar 1433 - 27 Safar 1433



Jan


Safar


Day


Fajr
(Dawn)


Shorook
(Sunrise)


Zuhr
(Noon)


Asr
(Afternoon)


Maghrib
(Sunset)


Isha
(Night)
1521Sun6:118:1812:182:004:196:26
1622Mon6:108:1712:182:024:216:28
1723Tue6:098:1612:192:034:226:29
1824Wed6:098:1512:192:054:246:30
1925Thu6:088:1312:192:064:266:32
2026Fri6:078:1212:202:074:286:33
2127Sat6:068:1112:202:094:306:35








Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails