Tuesday, January 17, 2012
3°C 10:47 PM CLEAR
RealFeel® -2°C
Yeay! gembira sebab nak update blog. Boleh gitu?
Ni cerita yang agak lama.. kite masak ni almost every week sekarang sebab ada yang dah ketagih.. hehehhe..
Nak dijadikan cerita, kite teruja nak buat si Rogan Josh ni sejak sahabat kite zaman sekolah hari tu, siap pesan sebelum kite sampai sini untuk try masakan ni.. a kind of masakan India/Pakistan yang lazat dimakan dengan nasik biryani. Masa awal dulu, sementelah kite sibuk, kite macam tak kosa nak masak benda baru ni.. Tapi kite beli bahan masakan dia kat kedai pakistan, setelah sekian lama membelek kat rak depa.. study setiap satu.. hahhah.. macam jakun je.
Resipi ni menggunakan daging. Dan daging kat sini, kalau beli dan nakkan ketulan daging je, yang tu lah anda akan dapat.. daging semata, tanpa lemak dan urat sekalipun. Memandangkan saya dan baba suka yang ada sikit2 urat, dan baba suka yang ada lemak sikit-sikit.. makanya baba beli tulang terus.., bila sebut tulang, bukan tulang semata macam kat sana, but ada bayak daging bersama dengan tulang itu, menjadikan sangatlah sedap dimakan bila dah masak. Dan untuk masak benda yang gini, kalo pakai periuk biasa, makanya akan berzaman lah tunggu. dan kebetulan lagi, Tefal outlet baru dibuka di Lowry Outlet Mall, dan kami menjumpai Tefal Wikook yang adalah sejenis pressure cooker, tapi boleh dibukak ketika sedang dimasak. Berbaloi-baloi beli.. dan sangatlah berguna.. Dan untuk masakan ni, dalam masa 30 minit, confirm boleh siap.. Saya belli masa sale.. dalam 20 pound je gitu..
Resipi ni saya adaptasikan dari sini, setalah mengkaji keseluruhan resipi rogan josh yang terdapat di alam maya, maka rasanya yang ni lah yang paling simple dan senang nak buat. Saya telah mengkhianati sikit bahagian permulaan resipi ni, dan menjadikan dia lebih simple. Kalau nak ikut chef yang jelita tu pon buleh, nak ikut cara chef yang tak bertauliah ni pun sedap.. hahahhaha..
Rogan josh ni kombinasi yang sangat padan dengan nasik biryani.. Nasik Biryani Selamba ni, baba yang buat.. setelah dipaksa.. hahhahah.. Walau selamba, tetap sedap!
Jom kita memasak!
Bahan-bahan :
- 600 g lamb, chopped into 2.5 inch pieces/ daging lembu dengan kombinasi tulang
- 3 tbsp garlic and ginger paste - bawang putih dan halia
- 3 tbsp oil- minyak
- 2 tsp salt- garam
- 1 tsp turmeric powder - serbuk kunyit
- 3 tsp garam masala - garam masala
- 2 tsp coriander powder - serbuk ketumbar
- 2 tsp ground cumin -serbuk jintan putih
- 2 tbsp plain yoghurt - yoghurt
- 1 tsp chilli powder - serbuk cili
- 2 medium onions, finely chopped - bawang besar yang dicincang
- ¾ tin of peeled plum tomatoes - saya guna 1 tin chopped tomato
- fresh coriander, to garnish - saya kehabisan stok yang ni, makanya saya punya togel je
- 1 saucepan with lid - bahan perlu untuk masak
- 1 metal or wooden spoon to stir - pengacau..
Metod penyediaan :
Step 1: Fry onion
Add oil into a saucepan and heat on a high heat until it is very hot. Now add in the finely chopped onions and stir fry until the pieces soften and become translucent.Masukkan minyak dalam periuk yang bersesuaian, dan panaskan dengan api yang kuat. Masukkan bawang yang telah dicincang dan tumis sehingga bawang lembut dan kejernihan.
(Untuk part ni, saya gunakan khianat sikit. Bawang besar, bawang putih dan halia, saya blen sekali harung, dan masuk dalam periuk.. jimat masa dan tenaga.. :) )
Step 2: Add pastes
Then add the garlic and ginger paste and keep stir-frying for 3 minutes to prevent burning and until the mixture turns light golden - Saya abaikan part niAdd all of the ground spices and keep stirring whilst continuing to fry on a high heat.
Masukkan semua bahan-bahan rempah dan tumis hingga pecah minyak.
Step 3: Add the meat
Then add the lamb and stir into the mixture; fry on a high heat for 5 minutes until the meat has fully browned./ Masukkan daging, dan kacau sehingga semua bahan rempah sebati menyaluti daging. Masak sekurangnya lima minit sehingga daging berubah warna kecoklatan.Step 4: Add tomatoes
Add in the tinned tomato and mash the tomatoes into the mixture with a spoon, taking care to ensure that the plum tomatoes do not remain in chunks and stir into the meat mixture.Masukkan tomato, dan kacau sehingga sebati
Step 5: Stir in yoghurt
Allow to cook uncovered for 5 minutes before adding the yoghurt. Stir this in and then cook on a high heat to bring this to the boil.Biarkan daging masak lebih kurang 5 minit sebelum memasukkan yoghurt. Kacau sehingga sebati dan biarkan sehingga mendidih.
Now cover the pan with a lid simmer on a very low heat for 30 minutes. After this, take the lid off and give the mixture a stir.
Tutup periuk tekanan, dan perlahankan api. Biarkan mendidih lebih kurang 30 minit. Setalah tempoh tersebut, buka periuk tekanan dan kacau seketika.
Step 6: Simmer and stir every 30 minutes
Replace the lid back on the pan and let it simmer for another 30 minutes. Repeat this for around one and half hours - and you will notice that the consistency of the mixture is a bit thicker – the meat is very tender and the colour of the sauce is redder/browner.Kalau guna periuk tekanan, masa ni dah boleh letakkan gula dan garam, dan sesuaikan dengan rasa. Kuah seharusnya sedikit pekat, daging lembut dan berwarna merah/kecoklatan.
Serve hot, garnished with fresh coriander
Hidangkan semasa masih panas dan berasap.. dan hiaskan dengan coriander segar.
Enjoy!
Sebelum titik. : Agak tersekat-sekat buat entry masak ni.. samalah macam dah lama tak masuk dapoq.. hahahhah.. take care all.
dah dulu
Titik
(Dawn) | (Sunrise) | (Noon) | (Afternoon) | (Sunset) | (Night) | |||
15 | 21 | Sun | 6:11 | 8:18 | 12:18 | 2:00 | 4:19 | 6:26 |
16 | 22 | Mon | 6:10 | 8:17 | 12:18 | 2:02 | 4:21 | 6:28 |
17 | 23 | Tue | 6:09 | 8:16 | 12:19 | 2:03 | 4:22 | 6:29 |
18 | 24 | Wed | 6:09 | 8:15 | 12:19 | 2:05 | 4:24 | 6:30 |
19 | 25 | Thu | 6:08 | 8:13 | 12:19 | 2:06 | 4:26 | 6:32 |
20 | 26 | Fri | 6:07 | 8:12 | 12:20 | 2:07 | 4:28 | 6:33 |
21 | 27 | Sat | 6:06 | 8:11 | 12:20 | 2:09 | 4:30 | 6:35 |
2 comments:
Assallamualaikum Hann..
Apa khabar? Lama rasanya kita tak bersapa di alam maya ni. Hopefully you have a very great life there..
Hann, bila you cerita ttg tulang yg dibeli di sana x sama dgn yg di sini, ai teringat masa merantau di Perth dulu. My hubby mmg suka beli tulang utk dimasak. Di Perth pun kalau beli tulang, mmg bukan setakat tulang jer. Sungguh banyak isinya..Mmg puas hati dapat makan kalau dibeli.
And then like you say, kalau rebus dlm periuk biasa jer mau makan 3 jam..hehehe.. Ai pun kalau masak tulang mmg guna pressure cooker. Tak kuasa nak tunggu dan jaga tulang tu atas dapur lama2...hehehe..
Anyway, your meal looks yummy.. Boleh try next time..Thanks for sharing!
salam hann.. musykil camner boleh dpt nama rogan josh.. mcm nama orang aje :)
Post a Comment