Wednesday, February 1, 2012

Pizza setengah talam

Weather for Manchester, UK

-1°C | °F
WedThuFriSat
ClearClearClearFog
Partly Cloudy


Wind: NE at 8 mph


Humidity: 75%-7°-6°-5°-5°


Alhamdulillah, 'ala kulli haalin.
Isnin lepas (30/1/2012), saya telah memulakan pengajian saya bagi semester kedua.
Lama juga saya tak makan kat EATS university sejak tamat kelas semester pertama.
Hari ni, selesai saya dan Lenny hantar High Demand book yang kami pinjam selama dua malam,
kami singgah makan kat University Place.

Gembira..
ada Asian Street food promotion. Rujuk gambar ka bawah.
Tulis Nasi Goreng tu yang rasa sangat macam kat Malaysia.
Tapi bila tengok tukang cedok makanan..
lebih bangga sebab nasi goreng telah melangkaui arena antarabangsa.
Promosi kat EATS bagi lunch/dinner adalah setiap set makanan, tak kira lah, pizza atau pasta atau nasik, atau burger, disetkan dengan minuman bergas, berharga 3.99. Berbaloi juga sebab portion besar untuk sorang makan.
Maaf dengan kualiti gambar.. pakai telepon je.. tak bawak kamera pulak hari ni..


Lupa nak ambik gambar food. Ada nasi goreng, dan ditambah dengan daging ayam atau daging kambing. Nampak lazat, but saya malas nak makan nasik.. hehhehe.. nasik goreng baba buat lagi sedap..


Bila datang EATS ni, saya sesungguhnya tak berminat dengan berbagai pilihan kopi yang ada, tapi suka nak pilih-pilih teh Earl Grey yang ada di kaunter kopi. selalunya, bila makan berat, macam makan tengahari ni, saya suka minum something yang tak bersusu, supaya perut macam tak penuh dan padat sangat. Again, balm of the soul menjadi pilihan saya, dari koleksi Earl Grey.

Kali ni saya pilih yang ni.. white tea, elderflower and apricot. Tadi ada juga nampak ginger and blueberi ka hapa tah.. but tak berapa berahi untuk itu .. hahah. ayat.. macam apa ja..

Saya pening nak makan apa.. sudahnya makan pizza nih.. vegetarian pizza. Apa yang anda nampak ni hanya tinggai se slice yang besar.. yang dia bagi kat saya.. setengah talam.. masa tengok tu.. tegejut badak.. tak penah la makcik ni makan pizza sampai setengah talam.. but, manage to habis.. bukannya tebal sangat crust dia.. so, boleh la makan .. tihihi.. Teruja boleh habis.. tapi petang, jam 3.30 masa perjumpaan dengan Convener programme, perut lapar.. hehe.. makan begitu banyak pun lapaq lagi.

Ni sahabat seperjuangan saya punya.. tak ingat nak snap set makan dia yang lebih ke"dayetan".. Lenny ada beli soup warna hijau tadi, pepper and apa kebenda entah, leek kot. Rasa dia ok lah.. macam ada rempah, dan rasa soup orang putih, dicicah dengan roti.. dan Lenny ambik salad juga.. semangkuk gini, siap dengan crouton bagai. Kalau tengok kat kaunter salad, ada banyak benar pilihan, seperti nak mencedok semua. Harga bagi satu set makanan Lenny, soup dan dua bijik roti, semangkuk salad, dan mochachiata coffee adalah kurang berapa pence je 5 pound..

Kalau ikutkan, makanan gini adalah lebih mahal berbanding makanan yang betul-betul berat. Pizza setengah talam, dan teh saya itu berjumlah GBP 2.99..

Gitu lah makan di tempat ni.. berasa gitu2 je.. nak cilok sos dari kaunter lain pun kena charge.. makan takat lapik perut je, dan tak lah sedap sampai balik rumah teringat nak ulang makan lagi. Omputih kat sini makan tak rasa pedas-pedas sikit cam kita kot. Andai saya diberi peluang masak nasik goreng sempena Asian food tuh.. agak-agak kalau saya buat nasik goreng belacan, nasik putih dengan sambal belacan, atau petai dan genuak dan budu dan tempe dan set makanan melayu gitu, ada omputih, omblack, omkelabu yang teruja tak? heheh..

Sekian, terima kasih.
Babai.



WEEKLY PRAYER TIMES
 MANCHESTER, ENGLAND, UNITED KINGDOM
Latitude: N 53deg 30min    Longitude: W 2deg 13min

Qibla: 118:30:7 E (From N) |


 
WEEK
29 January 2012   -   4 February 2012
6 Rabi Al-Awwal 1433 - 12 Rabi Al-Awwal 1433


Jan
Feb

Rabi1

Day

Fajr
(Dawn)

Shorook
(Sunrise)

Zuhr
(Noon)

Asr
(Afternoon)

Maghrib
(Sunset)

Isha
(Night)
296Sun5:588:0012:222:214:456:47
307Mon5:567:5812:222:224:466:49
318Tue5:557:5712:222:244:486:50
19Wed5:547:5512:222:254:506:52
210Thu5:527:5312:232:274:526:53
311Fri5:517:5212:232:294:546:55
412Sat5:507:5012:232:304:566:57





4 comments:

Azian Elias said...

Maybe mat salleh suka tempe Hann. Kena cuba tu..hee

Unknown said...

lahai.. dah sampai UK dah cik hann.. jarang2 dpt bw.. sampai taktau cerita :|

kita suka rogan josh tu!!! lajat bangat! tp pressure cooker buat hal. takleh buat dah. huhuhu..

semoga semua sehat & selamat disana ya..

Ros said...

Salam ziarah....

Unknown said...

salam ziarah..wah berkelana di bumi asing..tahniah

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails