Tuesday, October 19, 2010

Kek Coklat Bandung






Saya teruja dengan kek ni. Saya buat? Oh! Tak! Yang ni ex bos saya yang sekarang ni baru naik pangkat je Jusa B yang bagi. (tak lama lagi naik A kot) Dia baru balik Bandung Sabtu lepas. Dan yang terharunya, di mana juga dia menjejakkan kaki dia, pasti ada sikit ingatan dia kat saya.Tu yang tak tahan tu. Dan untuk kali ni, beliau bagi kek untuk saya nikmati dengan anak-anak. Bandung tu macam tempat dia balik kampung je, tau segala kedai kek mana dan jenis/tajuk apa yang best.


Sebelah atas

Memandangkan beliau hanya bagi potongan dan masuk dalam tepaware plastik tu, jadinya saya tak dapat nak tengok jenama kuih, bahan-bahan untuk saya tulis di ni bagi sifu-sifu masak, terutamanya Mat Gebu, Hana, Kak Umi untuk membuat eksperimen. Kalau tak, boleh nanti kita sama-sama buat.


Keratan rentas mukabumi kek

Rasa kek ni? Superb bebeh! Lembut, rasa coklat, mat gebu, tak berminyak, cair di dalam mulut.. what else nak describe. Sedaplah. nanti kalau ex-bos saya yang cantik tu ajak saya dating (erk! ex bos saya tu pompuan tau!), akan saya tanyakan kedainya di mana dan apakah tajuk kedai dan kek yang sedap itu. Andai sesapa yang nak pi Bandung, mungkin kita boleh kirim ramai-ramai. Kak Kasih, bila next projek pi Bandung? Nanti kita kirim sekontena kat Kak Kasih tau! Agagaggagagaga...

Satu lagi yang best bos cantik saya ni selalu beli adalah brownies kukus. wallaaa.. sedap! Tapi kali ni dia tak bagi. Saya sure dia beli..  Tapi tak bagi kat saya. hahah..

2 comments:

kasihredha said...

hehehehe...
banyaknya nak pesan kek
nak berniaga ke :)

Suzi said...

nampak pun sedap kek coklat tu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails