Thursday, January 6, 2011

Udang Kung Pao







Untuk sekian kalinya saya mengulangi masakan yang sama. Dengan ini jelas lah sangat menunjukkan bahawa keterujaan dan permintaan terhadap Udang Kung pao ni adalah super duper sedap yang mengakibatkan laju je kanak-kanak kat rumah tu makan nasik..

Dan demi tak menyusahkan kengkawan melihat resipi, saya copy dari sini ke sini.



Bahan-bahan :
  • Udang
  • 1 ulas bawang besar, dipotong bulat
  • 3 ulas bawang putih, dimayang
  • 2 cm halia, dipotong nipis
  • 4 – 5 biji cili kering – dibuang biji dan potong lebih kurang 1 inci panjang
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • Daun bawang untuk hiasan
Penyediaan :
  • Bersihkan udang, dan buang kulitnya. Tinggalkan ekor sahaja
  • Panaskan minyak. Tumiskan bawang, bawang putih halia dan cili kering. Biarkan seketika sehingga bahan tumisan menjadi warna keemasan dan cili bertukar warna sedikit gelap.
  • Masukkan udang, kacau seketika.
  • Masukkan sos tiram, dan sos cili. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih dan sedikit likat.
  • Masukkan daun bawang dan sedia untuk dihidang!
    Enjoy!

    13 comments:

    ady said...

    wah!!!!sedapnyer nampakkkkkk!.

    hana said...

    salam hann..
    adehhh lapo weihh nengok udang ko posing mati tuH! huh!

    Hann said...

    ady

    sedap, lazat, delicious.. :))

    Hann said...

    Hana

    sebab dah mati lah posing macam tu.. muahhahahhahah

    Lady of Leisure said...

    wah kalau ayam kung pao sedap apatah lagi udang for sure double sedap kan.. :)

    Anie said...

    Hann,

    Ambooiii rajinnya u, sampai dah kopek udang semua. I jarang2 masak udang, bukan tak suka. Semua org suka mkn udang....tapi semua org pun malas kopek. Mencciiii aii sbb I kopek sorang2, mkn ramai2...huhuhu ;D

    Hann said...

    Lady..

    i ghase lah kan.. nama kung pao ni kalau dengan spesi binatang yang boleh dimakan ni, sedap je..

    Tapi, so far, udang paling best.

    Hann said...

    Anie..

    Demi tak menyusahkan masa makan, makanya i kopek dulu siap-siap. Kalau masa makan baru nak kopek, mongah den.. empat anak semua asik suruh mama je kopek.. letih oo.. u tak pe lah.. baru ada jannah.. err.. bila nak tambah lagi sorang? :)

    kzai said...

    salam Hann,lama x singgah sini...terliur tgk udang kung pao..laporlah perut..nk nasi sekali mkn dgn udang ni..hehehe

    Hann said...

    Kak zai..

    meh.. sila masuk.. nasik ada.. tak cukup udang tu, saya masak sekali lagi nanti.. :)

    Yanti Othman said...

    hann, menarik sungguh udang tu.. boleh masak utk budak2.. thank sebab selalu bg menu sedap dan berkhasiat..

    Drama Mama said...

    terliur tengok udang!

    http://twinkywinkystars.blogspot.com

    sal said...

    sedapnya..berselera sekali tengok udg tu..

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails