Wednesday, December 15, 2010

Tapai Pulut dan Kelapa Parut







Saya pernah mengentrykan sesuatu tentang makanan yang disediakan dan disajikan oleh ibu mertua saya kepada menantu-menantunya, termasuklah anaknya, di sini satu ketika dulu. Saya ada sentuh sikit tentang tapai yang ibu mertua saya pernah buat.

Dikisahkan tentang tapai ni, sekian lama lebih suku abad hidup, lidah dan tekak saya memang menolak akan rasa tapai tu.. nak cerita macam mana eek.. geli sebab dia macam lembut-lembut je masuk mulut.



Tapi bila ibu mertua tersayang saya ni cakap suruh cuba sikit, and makan together dengan kelapa parut, atau dalam istilah saya adalah nyoq kukoq (dalam bahasa lemah lembut adalah nyiur kukur), saya tetiba merasai bahawa tapai itu adalah sangat nikmat yang tak terhingga.. lazat, nyaman, lembut, senang hadam.. lemak masin dan manis.. oh! macam heaven gitu! Tapi semenjak ayah mertua saya kurang sihat, maka aktiviti menapai ni telah dihentikan. Maka andai teringin benar, saya terpaksa akan beli ja.

Dan ada seketika hari tu kami sekeluarga ada balik ke kampung tercinta di Tebuk Jawa, Parit Buntar, Perak, Malaysia. (Kasi up sikit Kampung baba..) Saya ada hint sikit-sikit kat ibu mertua saya untuk petua mendapatkan hasil tapai yang baik..  (sebenaqnya nak habaq.. plis.. pliss... cek lapaq tapai.. toolong lah buat untuk cek..) Dengan baik hati, segalanya diperturunkan.. tapi saya macam dok doa hak dalam kurungan di atas tu lah.. maka ilmu yang masuk agak kurang melekat di dalam otak.  Mak cakap, buat tapai kena secret-secret, tak boleh orang tau. Kalau ada sapa mai rumah masa tengah buat tapai, kena main aci sembunyi. Kalau dia tau kata tuan rumah tengah buat tapai, sure tak jadi punya, sambil beliau quote satu story tragis pasai buat tapai di dalam kampung bertuah itu. Banyak pantang larang. Bergantung kepada pembuat masing-masing. Ada yang kebal, tak kisahlah kalau sekampung tahu pun.

Air tangan ibu mertua.. sedap sungguh..

Dan minggu lepas saya pulang lagi ke kampung nan indah itu untuk meraikan kenduri khatan anak sedara. Mak ada cakap dan jemput saya untuk makan tapai yang dibawa pulang oleh one of my sisters in law. Hehe.. macam tau je saya hampir menjadi hantu tapai pada masa tu.. Saya makan sikit je.. malu-malu kucing.. hahha

Kampung Tebuk Jawa, Parit Buntar, Perak, Malaysia


Sedap! Tapi tak boleh lawan hak saya mula makan dulu.. Serius.. saya rindu tapai ibu mertua saya.. next time balik nak try ajak buat bersama.. hehheheheh. Tapi lebih afdhal kalau siap dulu tapai tu dan saya balik makan je.. zalim tak kalau lagu tu?

Sebenanqnya, kalau makan je, tak payah buat apa.. memang lah sedap.. kan?


8 comments:

kasihredha said...

hahaha..kelakar le menantu mak mertua ni...best sgt story kali ni..kena tukar tajuk entry kepada "malu tapi mahu" hihihi

Anie said...

Salam Hann,

Singgah blog Hann...mcm2 resepi ada kat sini :) Sedapnya tapai pulut, biler lah I boleh mkn ni...hehehez. Mmg betul kalau apa2 yg org buat atau apa2 yg free mmg terlebih2 sedap rasanya :D

Chik Mimi said...

MIL saya selalu buat tapai ubi kayu mcm tu jugak la ,nak habaq maluuuuu tp mau hehehe

zarin said...

kihkih betul tu..kalau makan je memang sedap kan...kalau dah kita yg kena buat, then kena kemas pastu nk mkn pun tkdak selera dah ;-)

Unknown said...

Kak kasih..

Kalau saya buat lawak sikit, mak mertua saya macam tegejut tengok saya.. sekali sekali buat, dia tengok macam tu, naik takut la pulak.. hahhaha.. Macam plastik je kan? seksa oo.. kena belakon baik..

mula nak buat tajuk macam kak kasih bagitau tu lah.. tapi nampak macam gatai.. hahahha.. takuuuuttt.. biarlah saya remain macam biasa.. kekal lemah lembut.. hahhaha

Unknown said...

Anie..

Thanks sudi singgah and glad to have u as friend.

Er.. nak makan tapai? nanti kalau i pi kat tempat u, I SANGGUP meredah segala halangan dan rintangan demi tak bagi u kempunan...

oh.. i memang nak pi negara kiwi itu.. nak sebut tempat u pon nak tegeliat lidah..

Unknown said...

Chik Mimi..

kan? tak sanggup nak makan macam tak ingat dunia.. satgi depa kata kita ni mai mana tah makan macam tak penah jumpa makanan tu..

Well, kita sama-sama pemalu gitu..

Unknown said...

zarin..

Ha ah.. makan saja, tak buat apa, kena pi kedai lah.. Kalau takat makan nak dok saja, tobat kena halau balik rumah.. hahhahha

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails