Wednesday, December 15, 2010

Kwey Tiau Goreng Seafood






Kalau bandingkan antara mee dan kwey tiau, saya akan memilih yang kedua. kalau yang pertama, maka saya akan hadkan pengambilan (tapi selalunya macam gagal.. ) sebab kalau ikut pembacaan, kadar kabohidrat banyak dalam mee berkenaan.. dan sama spesis dengan nasi. Silap-silap boleh lajak makan makan 3 pinggan nasi. Kalau makan banyak mee dan eksesais juga banyak, maka berbaloi lah. Saya tak kisah bab tembun ni.. cuma berhati-hati sejak umur meningkat.

So, dalam banyak keadaan, saya akan memilih kweytiau Sebab dia sikit slim dari mee walau dia sedikit lebar dan sebab dia sangat sepadan dengan taugeh..


Masaknya biasa saja, macam yang orang lain masak.

Ni cara saya :
  • Kwey tiau
  • Bang putih dan bawang merah
  • Cili giling
  • Oyster sauce
  • Tomato sauce
  • Udang - dibuang kulit dan direbus untuk dijadikan stok udang
  • Isi kerang yang telah direbus
  • sebiji telur
  • Taugeh
  • Gula dan garam secukup rasa
  • daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan


Penyediaan :
  • Tumis bawang putih dan merah.
  • Masukkan cili giling, kacau dan biarkan sebentar. Masukkan oyster sauce, Chilli dan tomato sauce. Kacau dan biarkan seketika. Masukkan stok udang. Pecahkan telur, kacau seketika.
  • Masukkan udang dan kerang. Perasakan dengan garam dan gula.
  • Masukkan kwey tiau. Setelah sebati semuanya, masukkan taugeh, terus tutup api, dan kacau je si taugeh tu agar mesra bersama dengan kwey tiau.
Enjoy!

Suapan terakhir


10 comments:

anymz said...

assalam hann,kuetiau ni masak apa pun sedap kan..akak nak semangkuk beso tau..

kasihredha said...

hann
kalau anymz nak semangkuk besar..
akak pun nak semangkuk besar gak...hehehe

Hann said...

Kak Anymz.. and kak kasih..

ha ah.. memang pun..
Untuk akak berdua, sure lah boleh. bukan sorang semangkuk besar, lebih pon boleh! :)

Lady of Leisure said...

sedapnya.. siap ada kerang lagi tu fuh.. kueh teow is my fav selain bihun.. :)

Hann said...

Lady..

Kita serupa! heheh

Hann said...
This comment has been removed by the author.
Mas said...

sedappnya....terliur tengok..mas memang suka sangat koewtiaw....peberet no 1 tu....

Nuridah said...

Salam hann,

sedapnya kute tiow ni...febret knur...terima kasih ya sudi singgah keblog akak dan jadi follower ya...akak add link ok.

Hann said...

Mas,

Terima kasih sudi singgah. Ramai rupanya sefeveret dengan saya.. hikss..

Hann said...

K nur

terima kasih sudi singgah dan meninggalkan jejak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails