Monday, December 20, 2010

Tak menjadi, tapi habis!








Dua tiga hari ni agak sebok berderau/berdeghau (dalam Loghat Kedah yang bermaksud sama dengan istilah rewang atau bergotong royong) majlis kenduri jiran sepelaung dari rumah.

Serius.  Now,kite tadak mood nak entrikan sebenda yang dimasak yang menjadi dan sedap dimakan. Selalu kengkawan dapur hanya hidangkan yang menjadik je.. dan untuk kali ni saya hidangkan gambar hasil tangan yang tak menjadi tapi habis dimakan.. Malas nak pikir salah tang mana..biaq pi lah. Yang pasti habis dimakan.. :)



Tajuk asal adalah Chiffon Cheese Cake yang diintip dari Teratak Dayang Jack. Well.. kite tau kat mana yang salah.. so, padan muka untuk diri sendiri.. hahah


American Carrot Cake yang kite gune resipi Pook di sini



Ini adalah keratan rentas kek di atas. Dibandingkan dengan Pook punye, macam langit dengan bumi. Yang ni  kite bawak balik ke kampung Tebuk Jawa, Parit Buntar, Perak, Malaysia bersama kek yang tak jadi di bawah ni. Tengok pon tak selera kan? Tapi mujoq ramai di kampung untuk membantu melenyapkan kedua-dua jenis tu dari muka bumi ni.




Yang atas tu adalah Kek Pisang Marble Coklat yang resipinye kite pinjam dari dapur kengkawan. Yang nampak tu je macam baik sikit. Kat tengah tu jadik macam penjuru seblah kiri tuh.

Serius. Tak mo pikiaq pasaipa. Biaq pi dulu. Esok-esok kalau masih berjiwa, kite akan ulang buat menda alah ni semula. Pikiaq pon buat malu je kat mak mertua.. hahhahah

Dalam tak jadi, tapi bila habis semuanya, rasa macam nak melompat sampai ke awan.. Mesti hak makan semua tu sama ada sedap rasanya, tak kisah tentang paras rupa, saja suka-suka nak gigit atau  nak ambik hati tukang buat. Apa pun.. terima kasih lah no. Nanti mak tam buat lain.. (nanti yang bila pon tak tau..)


4 comments:

Anie said...

Salam Hann,

Mmg betul aper yg Hann ckp, tak aper lah kalau tak menjadi atau tak cantik, yg penting sedap dimakan dan abis.

Sy buat kek chiffon pandan gagal nak masuk 4 kali, akhirnya baru menjadi...huhuhu. Tapi tak pernah buang, semuanya dimkn sampai abis hehehez. Kadang2 nak kena practise lah kek2 ni semua...asal jgn musnah harapan sudah ;)

Lady of Leisure said...

i nampak sungguh cantik the belang2 tu hehe.. and carrot cake ni dok lama dah nak try belum ada kesempatan lagi.. sedap kan carrot cake moist gitu

Nuridah said...

Hann, tak menjadi tapi dihabiskan beramai2 tak mengapa...kira ok lah juga...tak terbuang rezeki...cubaan pertama gagal boleh cuba lagi...tul tak?

kasihredha said...

tak pe hann..yg penting sedap, rupa paras yg ke 2..
teruskan usaha ya..
beria2 akak kasi semangat ni, kalau berjiran sure hann dah kasi sepiring kek..kan kan kan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails