Saturday, December 4, 2010

Coney Doux







Tak gamak nak tulis do* itu untuk entry kali ni, walau dah pernah tulis sebelum ni, di sini.

Ingat zaman belajar di PJ dulu, ada pemuda-pemuda yang jual benda alah ni sebelah malam di bangunan SMAWP, atau kadang dipanggil Wooden Block oleh penghuni Kolej. Tapi ramai sungguh student masa tu yang beratur nak beli menda alah ni. Saya dan sahabat jarang amat membeli roti ni sebab kena melalui Central Spine dan celahan kantin yang kadang cerah, kadang gelap untuk sampai ke tempat jualan. 

Saja je sebut nama-nama tu demi nak mengembalikan ingatan yang agak berkarat ni terhadap zaman bercanda ria dulu. Tapi sedap lah kisahnya masa tu. Tak sure lah sebab mamat yang jual tu hensem atau hasil tangan dia mengujakan, macam Mat Gebu punya hasil jemari. Sehingga masa tu tadak la pulak dengaq sisters yang tetiba dok angau kat brader tu, atau tiap-tiap malam kena dok pi langut kat kedai tu. Yang frust bila depa tutup kedai tu ramai lah. Hehe.


Panjang melalut makcik nih. Benaqnya, saya buat coney doux ni demi nak jamu rakyat kanak-kanak di hari cuti nan mulia baru ni. Selalunya, kalau cik baba ada, sure depa akan mintak roti canai. Ganti dengan ni pulak.

Resipi adalah seperti di bawah, sama macam hok dulu jugok..

Bahan-bahan :
  • ½ pound daging cincang – saya agak-agak je banyak mana
  • Sedikit air air
  • Bawang besar, dicincang
  • Dua ulas bawang putih, dicincang
  • Sos tomato
  • Sedikit chili powder – saya gantikan dengan cili giling
  • Sedikit gula dan garam untuk perasa

Penyediaan :
  • Rebus hotdog tu, dan ketepikan sebentar.
  • Tumiskan bawang putih, bawang besar bersama-sama.
  • Masukkan sedikit cili giling
  • Masukkan daging cincang dan bahan-bahan lain..
  • Make sure rasa dah cun.. and boleh prepare untuk masukkan hotdog dalam roti. Kalau rajin, bakar dulu roti.. kalau tak rajin pun, tak jadi masalah.. hehhehe..
Enjoy!


2 comments:

kasihredha said...

anak2 sure suka ni..
mak anak2 pun suka juga...

Suzi said...

sedapnya...tergoda! kena try buat ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails