Monday, November 1, 2010

Hujan yang turun








Kat Kedah ni hujan turun tak berhenti-henti sejak petang Jumaat lepas, sampailah ke saat ini. Walau tak berapa lebat, tapi cukup membuatkan paras air di sungai sepanjang laluan saya ke tempat kerja naik. Pagi ni sampai lewat ke pejabat. Sangkut di dua tempat sebab jalan dinaiki air dan di satu tempat lagi, highway ditutup sebelah, air sungai naik menutupi titi dan laluan.

Saya sedang tidak aman di hati sekarang. Memandu di dalam keadaan jalan yang genting dan banjir agak menggayatkan, apatah lagi kena lalu kot titi, di mana sungai yang airnya mengalir deras di bawah kereta. Ada staf yang dah balik sebab air dah naik kat rumahnya dan sibuk menguruskan perpindahan keluarga.

pagi ni


Saya pula sedang dilema.. petang ni bertugas di Dewan Besar, mungkin lebih lambat dari orang lain waktu balik nanti. apa pun biarlah selamat perjalanan semua orang. Agak sayu mendengarkan kawan-kawan bercerita tentang air yang memasuki rumah masing-masing.

Pagi tadi lalu kot sawah padi di belakang rumah pun dah menyaksikan padang itu dah menjadi laut.. semoga banjir besar yang pernah berlaku pada tahun 2005 dulu tak berulang.

No comments:

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails