Sunday, May 16, 2010

Chocolate Chips Muffin



Saya dilanda kesibukan sejak minggu lepas.. minggu yang penuh dengan suspense. Alhamdulillah, telah berjaya melepasi saat-saat genting tersebut. Makanya, dengan itu juga, saya telah ada semangat nak membuat muffin ni.. Reseipi ihsan dari Cik Mat Gebu.. culinary teacher di alam maya.. Untuk kali ni saya tak drehaka.. makanya saya telah mengayak tepung.. hehe.. naik elok.. tak senget macam dulu.. Jom tengok resipi Mat, hasil jari saya..

Bahan-bahan :

Bahan disatukan dan diayak
  • 250 gm tepung gandum
  • 2 camca teh baking powder
  • ½ camca teh soda bikarbonat

  • 2 camca teh serbuk koko

    Bahan disatukan dan kacau rata

  • 250 ml susu segar
  • 90 ml minyak sayur/jagung
  • 1 biji telur gred A

  • 1 camca teh esen vanilla

    Bahan lain

  • 175 gm gula halus
  • 150 gm chocolate chips

  • 50 gm chocolate chips untuk hiasan
     
Penyediaan :

  • Dalam satu bekas, satukan bahan-bahan diayak bersama gula hangus dan 150 gm chocolate chips. Gaul rata.
  • Tuang bahan-bahan yang dikacau rata dan gaul hingga semua sebati dan mesra.
  • Sudukan bancuhan muffin ke dalam cup muffin sehingga ¾ penuh dan hias dengan tabur chocolate chips di atasnya. Buat hingga siap.
  • Bakar pada suhu 180°Cselama 18 – 20 minit.
Enjoy!













No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails