Monday, May 17, 2010
Yogurt Atasi Bau Mulut?
Lazimnya kita dengar dan tau tentang kebaikan yogurt.. dan paling saya ingat.. boleh reduce ketebalan perut. Mengikut maklumat yang saya baca, hasil kajian Dr Kenichi Hojo dari Universiti Tsurumi di Yokohama, Jepun, yogurt dapat melakukan tugas bersihkan mulut dan melemahkan bakteria yang dihasilkan oleh lidah. Bakteria inilah yang membuatkan mulut kita berbau.
Kajian tersebut dibuat di kalangan responden yang mengambil 90 gm yogurt sebanyak dua kali sehari dan penghitungan bau mulut dikira melalui tahap hidrogen sulfida dan "volatile sulfida". Dalam tempoh enam minggu kajian dibuat, didapati bahawa 80 responden mengalami penurunan kadar sulfida setelah makan yogurt secara teratur.
Secara tak langsungnya, kebersihan oral tetap kena jaga sama ada kita consume yogurt secara teratur atau tidak. Partly, ada juga kebaikan bakteria yang dihasilkan oleh lidah kita, terutamanya pada awal pagi. Sebaik bangun, ambillah sekurang-kurangnya segelas air kosong.. dengan itu, bakteria berkenaan masuk dalam perut, melawaskan.. dan mampu membuatkan berat badan turun.
Selamat beramal!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment