Thursday, December 23, 2010

Bun Coklat Berkalsium Tinggi







Dah lama tak mengadun roti. Kalau dulu, asal nak lembutkan tangan, mula lah menguli.  Dan sejak Cik Mat menayang dia punya Bun Coklat Berkalsium Tinggi, terus rasa macam nak buat. Tapi saya tak gunakan susu macam Cik mat. Kebetulan stok susu coklat macam tu, tapi versi bertepung sentiasa ada dalam simpanan, maka saya gunakan yang tu saja. Bak kata mat, sedap dimakan denagn ayaq kopi .. kopi O panas..

Saya copy paste Cik Mat punya resipi. TQ ye!

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
10 gram serbuk koko
15 gram susu tepung
125 ml susu tinggi kalsium perisa coklat (macam dalam gambar diatas) – saya gunakan 3 sudu besar susu tepung berkasium tinggi peisa coklat dan bancuhkan dengan air panas/suam)
30 gram telur (pecah satu biji, kacau dan timbang)
60 gram gula halus
7 gram instat yeast
1/4 camca teh garam
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
40 gram mentega




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Sediakan bekas berisi air panas, susu tinggi kalsium dituang dalam cawan tahan panas dan rendam cawan tadi dalam bekas berisi air panas, hingga susu suam. Keluarkan cawan dan masukkan yis ke dalam susu suam tadi, kacau rata dan biar berbuih.
  2. Satukan semua bahan2 diatas, kecuali mentega, bersama susu + yeast tadi, gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan tidak melekat ditangan (kurang lebih 20 minit menguli tanpa henti). Bulat2kan doh, letak dalam bekas, tutup bekas tadi dengan plastik cling dan biar terperap semalam 1 jam atau naik sekali ganda.
  3. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 di atas ke dalam Breadmaker, pilih setting untuk DOH dan tekan "ON", tunggu hingga siap.
  4. UNTUK BUN COKLAT :- Keluarkan doh tadi, tumbuk untuk membuang udara, bahagiankan kepada 9 bahagian sama besar, bulat2kan setiap bahagian tadi sehingga licin, susun dalam tin pembakar bersaiz 8 inci x 8 inci x 3 inci yang telah disapu dengan sedikit mentega, buat hingga siap.
  5. Perap 45 minit atau hingga naik sekali ganda. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit tau hingga kuning keemasan. Bila masak, keluarkan bun dari tin dan sejukkan atas jaringan, jika suka boleh sapu mentega pada permukaan bun tadi...
Enjoy!



16 comments:

kasihredha said...

akak selalunya beli je roti camgini ni...huhuhu
kalau buat sure lebih sedapkan.

Unknown said...

kak kasih..

Samalah kita.. tambah kalau yang ada filling kat dalam tu. Tapi sesekali mencoba, tak kurang hebatnya juga, tahap bakery la jugak.. :)

sal said...

wH sedapnya kek, singgah nak rasa..
mekasih Hann krn folow me..
moga ukhuwah yg dibina bermanfaat,amen

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam Hann,

salam perkenalan...TK kerana ziarah kak nab.
sangat informative blog Hann...thanks for sharing.

CS said...

Hann

Salam perkenalan dan terima kasih ziarah my blog. Memang best bila masuk blog orang rajin memasak nih ..

:-)

hana said...

salam hann....
gebu sungguh rotimu iteww... klu dekat mau seloyang aku abeskan! tgh lapo ajer sejok2 gini.. haha..

*ade pesbok tak? try msg kat pesbok eh.. add me, Ina Hana

liza jb said...

salam,, sini pun byk roti suka tgok,,,

Bakericious said...

Merry Christmas and Happy New Year to you and your family!

Lady of Leisure said...

sedapnya... nampak gebu betul siyesss.. hehe.. masa tengah bakar tu mesti bau sedap je dalam rumah kan.. :)

Unknown said...

Sal..

Terima kasih sudi singgah.
InsyaAllah, semoga diberkati.. amiinn

Unknown said...

Kak Nab.

Terima kasih sudi singgah. Semoga ukhuwwah ini sentiasa berkekalan, InsyaAllah

Unknown said...

Somuffins..

Terima kasih sudi singgah dan meninggalkan jejak.. Hehehe.. tak le rajin sangat.. terpaksa je.. hehhe

Unknown said...

Hana

Sungguh menghargai ziarah sifu2 dapoq nih.

* ade.. dah add.. hana tak approve lagik.. uwaa..

Unknown said...

Liza

Terima kasih sudi bertandang dan meninggalkan jejak. Semoga ukhuwah ini berpanjangan. Amin..

Unknown said...

Jess,

Thanks. Hope you have the wonderful celebration.

Unknown said...

Lady..

masa tengah bakaq tu, rasa macam dok kat bakeri je.. :)

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails