Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Kite rasa sangatlah lama tak bersiaran..
sibuk berkursus jauh di Besut nun haa.. dari 21-25 Julai 2011
jauh dari internet dan telefon.
Mujur jugak ada smartphone yang membolehkan untuk mengetweet sekali sekala.
Program jauh habis tengah malam.
Telefon rumah untuk bertanyakan hal anak-anak pun sekejap je.
Alhamdulillah, semua dah selamat habis.
Kite akan sibuk lagi dalam sedikit masa lagi.
Maka besar kemungkinan kemunculan di arena ni akan sekali sekala menjelma.
Kite juge nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi follow makcik nih.
Terima kasih berjuta-juta.
Semoga ukhwah kita akan sentiasa berkekalan.
Of late ni, kite mungkin tak sempat untuk bertandang ke dapur kengkawan memandangkan masa untuk kite menguruskan semua hal yang berkaitan adalah sangat terhad. Jadiknye, blogging telah jatuh ke tahap paling terkemudian. Sekali lagi jangan merajuk. :)
Cukup merepek kali ni. Kite hidangkan Nutella Mexican Bun untuk pemerhatian kawan-kawan.. hikhihik..
Kite saje je letak ini nutella sebab teringat hak yang selalu dok makan kat bakery. dia letak chocolate ganache, but kite letak nutella. Spesis tak berapa rajin dah. Kite buat dua versi, satu ada nutella, satu lagi dengan filling yang Kak Rinn sediakan.
Kite cedok K Rinn punya resipi.. di sini. Demi nak cepat, kite copy and paste je dari page Kak Rinn. TQVM
Mexican Bun
Resipi asal sumbangan Lilydvalley from myresipi.com
Bahan-bahan ( 8 biji bun )
Filling
100gm mentega
1/2 teaspoon vanilla essence
35gm brown sugar
Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence
& gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
Topping
100gm mentega
80gm gula icing
2 telur saiz sederhana, pukul sedikit
1 sudu kecil perisa kopi (boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee
dengan 1 sudu besar air panas)
100gm tepung gandum
Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan
telur & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan
perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
Doh Roti
250gm tepung berprotin tinggi, di ayak
1 sudu kecil bread improver+ 1 sudu kecil bread softener ( optional)
10gm susu tepung
35gm gula castor
2 sudu kecil dry yeast
1/2 sudu kecil garam
112 biji telur, dipukul
125 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
30gm mentega
1. Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
2. Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
3. Masukkan telur dan air/susu segar.
4. Uli adunan sehingga menjadi adunan lembut selama 10-15 minit.
5. Bahagikan dough kpd 8 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
6. Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti
tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
7. Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung
dan jarakkan dlm 7.5 cm.
8. Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
9. Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
10. Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau
sehingga bun keperangan
Enjoy!
3 comments:
balik dari besut terus buat bun ye hann..:)
sure makin sibuk ye hann...makin dekat dah kan waktunya ;-)
Selamat Berpuasa
wahhh..cantikk la mexico bun tu..
macam yg dijual kat kedai dah...
rajin hann meroti erk....ini la roti yg dh lama dok dlm list ida, tak terbuat2..gebuss dan nmpk sedap tu
'Selamat Menyambut Ramadhan' ye hann...semoga di bulan yg mulia itu, kita mendapat manfaat sepenuhnya
Post a Comment