Hasil jualan kertas minggu lepas, sempena perpindahan kami dari bangunan lama ke bangunan lama juga, tapi pejabat yang baru, staf yang dok ada ni decide nak buat kenduri pulut durian, sempena menyambul awal Ramadhan. Selain tu pot luck lah jugak, bagi sesapa yang rajin nak buat.
Obviously, sangatlah seronok bermeriah ria macam ni, melupakan segala masalah yang kami semua sedang bersama-sama hadapi di sebalik perpindahan yang sungguh cacamerba ni.
Layan gambar je dulu. Contribution saya hanya tolong angkat durian, dan makan saja.. hehehhehehehehehhe
Banyak buah durian. Kata staf yang order ni, buah ni dipesan dari makcik yang mempunyai kebun berhampiran dengan kawasan organisasi kami. Kakak tu dan suaminya kebetulan singgah di situ pada satu petang and dapat makan free.. dalam kebun makcik tu siap ada sungai yang mengalir. Wushh.. sangat indah kalau boleh dok makan durian kat dalam kebun macik tu.
Buahnya sangatlah fresh. Personally, saya tak suka durian yang agak lebih masak, and isi yang lembut lembik tu.. yang agak liat sikit, and bila makan macam best tu.. adeeh.. sangat lah suka. Dulu masa kecik-kecik, bau buah ni dah buleh membuatkan saya lari jauh. But, dengan hasil pujukan mak saya yang suruh saya try yang sedap bagi dia, maka since then saya makan.. nasib baik lah tak peghak (tau apa? orang kedah cakap peghak tu macam tak penah jumpa apa benda, tetiba jumpa dan tak tau apa fungsinya.. begitulah riwayatnya..) bila mai tua-tua macam ni.
Musim buah cempedah jugak now ni. Buah ni ada staf lain yang bawak. Meski makan gitu je.. lazatnya tak boleh nak cakap.. sangat juicy and sangatlah menggoda jiwa. Apatah lagi kalau buleh buat goreng cempedak. Lagik la super delicious, sebab tak terlalu masak.
Ni hasil kupasan.. banyak lagi sebenarnya. Tapi semua buah yang makcik tu bagi, tadak satu pun yang tak best. Rasa lain-lain, tapi tetap sedap.
Ni lah misi sebenaqnya.. pulut durian..
Untuk yang tak makan durian, ada option lain. Ni pulut kuning, ikan goreng dan rendang itik. Ada bihun juga bagi yang berpantang segala jenis yang disediakan. Sebenarnya saya pernah makan sekali gulai itik, arwah bapa saudara saya yang sediakan. Sedap. Tapi sekali tu je lah. And this time round, ada staf yang telah mendera mak dia untuk sediakan rendang ni. personally, saya jarang mencuba sesuatu yang pelik, but, bila ramai macam ni, teruja jugak. Dan tak rugi cuba sebab memang sedap. Rasa? Rasa macam rendang, dan itik tu rasa macam... itik lah .. hahah..
Saya akan merindui momen indah ni nanti.. Pastinya bau durian yang wangi, dimakan dengan pulut, dan bagai-bagai ini hanya dalam mimpi ja.
Cepat saya update hari ni. Kebetulan kurang sibuk, and saja je nak tunjuk rajin.
Selamat menyiapkan diri dengan kedatangan Ramadhan Mubarak.
4 comments:
selamat mnyambut kedatangan Ramadhan semoga lebih baik dr thn sbelum2nya
durian tu memang power!!
masyaAllah..sedapnya kenduri kendara..ni yg jeles nk pi kejre balik nih hahaha nak makan ajek
eh, babe..hantar sikit cempedak tu...i nak wat kek lapis cempedak huhu
Malam tadi baru je makan derian.Beli sebijik bawak balik utk buat serawa.
Wahhhh...banyaknye buah2a... Hann, Naz tau apa makna 'peghak' tu..
Duyan, cempedak, and ada juga pulut makan ngan ikan dan rendang..perhhhh..sedapnya... Nak sikit Hann.. Terliuq dah ni...
Post a Comment