Wednesday, April 27, 2011

Kwey Teow Sup Hor Fun







Kemarin, balik kerja terasa sungguh macam nak makan kwey teow sup hor fun ni.. Nak kata mengidam tu dak la jugak. Tapi terasa-rasa macam nak jugak. Kite dah penah buat dulu sekali kat sini. Sumber asal dari kak rinn..



Bahan-bahan:

Sebungkus kuew teow (600gm)
2 potong bahagian dada ayam
10 ekor udang besar
10 biji bebola ikan
5 batang crab sticks
3 biji bawang putih
Sedikit minyak utk menumis
1 camca teh lada putih
Air secukupnya
Sedikit minyak bijan
Garam & gula secukup rasa
Daun kucai
* Kalau nak lebih rasa ayam, boleh masuk 1 kiub ayam. Rinn tak bubuh ya....




Penyediaan:

1. Celur kuew teow hingga lembut. Ketepikan.
2. Panaskan periuk, tumiskan bawang putih hingga agak layu. Masukkan lada putih dan kacau.
3. Tuangkan air secukupnya untuk dijadikan sup. Biarkan mendidih.
4. Masukkan ayam. Apabila ayam dah masak, keluarkan dan sejukkan. Carik-carikkan ayam.
5. Masukkan udang, bebola ikan dan crab stick ke dalam sup ayam tadi.
6. Perasakan dgn garam dan gula. Tambahkan beberapa titis minyak bijan.
7. Ambil sebahagian kue teow yg dicelur tadi dan bubuh ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah sup.
Taburkan ayam dan daun kucai. Lebih sedap jika dihidang bersama sambal kicap.

Enjoy!

6 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

wah! my feberet nih!

CheKiah said...

Hann kkay baru berangan angan nak buat char ho fan sekali nengok hann dah buat versi lain sket tp ttp mnarik dan menyelerakan.

Yan said...

eemmm simple je kan.. boleh dicobak ni..

kasihredha said...

sungguh tak tahan..melihat pics saja.
Dulu waktu akak kecik, ada satu kedai tu jual kue teow sup sungguh sedap. Tapi skrg dah tak de dah kedai tu.

Anonymous said...

sup 2 xpayah letak perkakas sup ke??lada putih 2=lada sulah??

Anonymous said...

sup 2 xpayah letak perkakas sup ke??lada putih 2=lada sulah??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails