Tuesday, March 22, 2011

25 random things tentang saya

 

Entry kali ni, tribute untuk Kak kasih, akak yang sungguh rajin menyapa saya ketika awal berblog dulu. Dan setiap kali kak kasih ada award, tak pernah kak kasih lupa kat saya. Saya ja kalah dengan masa untuk melaksanakan tugasan yang diberi.

Untuk makluman kak kasih, dah masuk 3 kali ni saya draf bebenda random ni, sekali hari tu dah jadi out dated, tak sedap dan tak menarik.. hahah.. kali kedua masa tunggu kakak balik sekolah dari kokurikulumnya.. tetiba hilang sebab tak save.. padan muka sendiri. Kali ni gigih kite nak buat jugak, selain alasan dapoq tak berasap.. muahahhahah.

Mari kita laksanakan misi..

  1. Hann adalah hampir kepada nama betul, dan bertujuan digunakan di dalam dunia blog. Paling tidak, kalau bos terserempak masuk blog nih, tak le dia saspek saya kan.. hehhe.. senang lah sikit nak berjoya-joya.
  2. Anak kedua dari empat orang adik beradik. Ada abang dan dua ekor orang adik, lelaki dan perempuan.
  3. Memandangkan di atas dan di bawah saya adalah lelaki, maka saya amat bersyukur sebab terselamat dari menjadi tomboi, memandangkan ciri-ciri tersebut wujud pada zaman dahulu kala.
  4. Walaupun pada hakikatnya saya nampak seperti budak sekolah menengah tingkatan 3, atau paling busuk pon, tingkatan lima, saya telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak, dua perempuan dan dua lelaki. Ramai kan? Tapi kadang-kadang rasa seorang pon dah ramai, apatah lagi kalau empat, bila semuanya bercakap tak berhenti-henti.
  5. Saya ingat bila saya comel, tak ada masalah, rupanya saaaangat banyak masalah bila ramai ingat saya masih sekolah dan tanya kenapa parents tak teman saya bila saya tak ikut. Depa ingat saya young passenger travelling alone, dan bersiap sedia nak bagi lencana tu. Nak cari baju ready made pon susah. Kalau muat pun adalah size kanak-kanak yang paling besar, xl atau l.. Paling tak tahan, kalau lalu depan bebudak lelaki kena mengorat. Isk.. haru biru sungguh.
  6. anak kite empat-empat keluar kot tingkap. Pengalaman c-sect adalah mengerikan bila kena mneyrah diri bila tak sakit..
  7. Simple person, tak banyak cengkadak.
  8. Saya adalah kuli batak gomen.. keja jam 8 hingga 5 pada setiap ahad hingga wednesday, dan thursday adalah hari ceria saya sebab balik jam 3.30 petang. Heaven you!
  9. Saya berasal dari Kedah, dan sudahnya kerja di Kedah jugak. Maka, sesapa yang nak mai shopping kat Padang Besaq, sila habaq kat saya, nanti kita dating-dating sambil bersuka ria.
  10. Dalam proses menjadi perempuan tulen dan sejati, saya belajar menjahit dari bonda saya sendiri. Dan baju kurung pertama saya jahit adalah baju-wajib-pakai setiap minggu bila pegi kelas zaman 90an dulu. kalaulah makcikmana-mana tau akan kebolehan saya masa tu, mesti jadik rebutan untuk dijadikan menantu kan?
  11. Now ni kurang dah menjahit. Ada keinginan tapi tu lah, nanti bila ada mesin, kite akan buat projek terus.
  12. Kite rajin gak buat cross-stitch.. ada yang dah selamat frame. Tu pon buat sesambil belajar dulu ja. Ada juga yang tak siap dari dulu sampai la ni.. hahha.. teruk. Tak kuasa dah nak layan.
  13. Fotografi adalah kesukaan kite jugak. Cumanya bukan tahap profesional. Just point and shoot. Masih dalam proses belajar dengan kanda baba. Mujur jugak baba super excellent. Saya cuma mengharap antara yang saya capture tu boleh publish di shutterstock, istock, bigstock, getty, tah apa benda lain lagi.
  14. Dulunya memasak bukan dunia saya. Tak sempat sebenarnya. Sibuk uruskan anak-anak, mengemas rumah, melipat kain dihujung minggu, sebab saya tadak helper. Jadi tugas kat dapur adalah dalam kawalan baba. Cuma bila ada masa, baru saya akan menjelajah dapur. Alhamdulillah, yang paling kecik pon dah pandai bawak diri, maka saya ada sikit masa untuk diri sendiri.
  15. Rupa paras saya default garang. Jadi, kalau senyum dari dalam perut pon orang nampak macam singa.. I tak sure part tu.. tapi selalunya orang cakap macam tu lah. Garang! Tapi sebenarnya i sangat baik… hahha.. sila tahan geli geleman anda. Betul cuba kawan dengan saya, then u know that saya tak le garang sangat.
  16. Suka dengan blog la nih.. mempertemukan saya dengan orang yang lain dari yang saya jumpa hari-hari. Ada la sikit lain kan. selalunya saya kalah dengan masa nak update. Asik berebut dengan kanak-kanak kat rumah tu saja.
  17. Saya suka gajet-gajet elektronik nih. Kadang boleh berangan ja sebab kewangan tak mengizinkan.
  18. saya guna g10 ja untuk proses fotografi, itupun diwarisi oleh baba sebab dia dah ada id mark iii.. kagum seyh.. kite suka gak ketoi besaq tu. tapi bila kita usung, tak tahan lama.. berat!
  19. Kite makan nasik sikit je, tapi lauk banyak.. Smile
  20. Kite ada belajar bahasa arab sejak sekolah sampai univ. Now dah berkarat. Kalau orang cakap masih boleh paham, cuma bila nak bercakap tu ada masalah sikit.
  21. Bila kite marah otomatik akan cakap omputih.
  22. Suka minum black coffe yang kampung punya.. sedap. Jus buah pon suka..
  23. saya jarang amat minum ais. Kalau ya pun, hanya sedikit kuantiti ais. Lebih suka sebenarnya minum air masak. Sejak dah biasa minum banyak, badan pun mula rasa ringan. Pendek kata, sekarang ni, kalau pegi mana pun, mesti ada air mineral dalam henbeg.
  24. Suka bersenam, jogging atau skipping.. tapi semua tu bermusim.. hahah.. bila rajin atau bila badan rasa macam berat je.. memang kena buat jugak.
  25. Tak rajin dah sekarang tengok tv..
  26. Untuk bangun pagi, atau kalau take nap, saya boleh just set dalam minda berapa lama nak tidur and bila nak bangun. Sekarang ni kebolehan tu kena diasah semula sebab sebelum ni senang terjaga. Tetambah bila malam, anak nak susu.

 

Yiihhhhhhhaaa!! berjaya akhirnya.. bagi satu extra untuk kak kasih sebab lama sungguh tak buat homework.. hahah..

5 comments:

Kak Nik Ja said...

waaah panjang tul homework..sib baik mokwo baca time tak semput..klau tak sah2 haku semput kegelian hati....hihi
ni leh org kata kecik2 cili api..mokwo sukah...boleh jadi bodigad mokwo !haha

kasihredha said...

tepuk tepuk tepuk...
hari ni 2x tepuk kat hann
akhirnya selesai juga homework hann...hihi

Thank you dear...
no 5....I likeeee...:)
harap2 baba tak baca n3 ini hihi

zarin said...

alaaa extra satu je? kenapa tk extra 5? hihi

Lady of Leisure said...

salam han.. m not feeling well now.. insyaAllah nanti dah sihat skit, i start blogging.. thanks ye sudi tanya khabar.. miss u too babe.. :)

Unknown said...

Assalam Kak..haha nk panggil akak ke?umur brapa yer?saya lahir thn 79. sorryla hari tu byk kali nieza try masuk sini tak lepas tapi hari ni ok pula terima kasih sudi singgah my blog...lama baru nk dpt berkunjung balas..btw menarik baca story akak ni..:)

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails