Monday, February 21, 2011

Bread butter pudding with custard sauce






Kite buat ni di saat nak mengabihkan stok roti yang sedia ada. Macam biasa lah kan. Ni je paling cepat dan senang nak godek. Actually, loyang buat menda alah ni quite besaq, makanya hasil lepas proses pembakaran adalah menipis. Tapi, macam ok lah jugak sebab bila serve kanak-kanak ni, gaya potong macam besaq ja.. Tapi still depa boleh habiskan.

Untuk kali ni kite tak ikut mana-mana resipi secara spesifik. Serbu rata dan main tauk bahan ikut yang available ja. Saya ada jugak tulis dalam kitab resepi saya yang manual tu, tapi lupa nak note empunya siapa resipinya. Mohon izin ye.





Kite tak buleh nak merepek lama. Jom layan resipi.

Bahan-bahan :

16 keping roti putih

50 gm butter

800 ml susu UHT/full cream - saya gantikan dengan whipping cream

4 biji telur

250 gm gula

1 sudu teh serbuk kulit kayu manis

50 gm kismis

1 sudu kecil vanilla essence


Sos kastad :

1 tin susu cair - saya gantikan dengan whipping cream

150 gm gula

1 sudu besar tepung kastad





Penyediaan :

Griskan loyang dengan butter.

Sapukan butter pada setiap keping roti dan di carik-carik menjadi sederhana besar. Susun di dalam loyang.

Pukul telur dan gula hingga kembang.

Tuang susu, serbuk kulit kayu manis, vanilla essence dan kismis ke dalam adunan telur. Kacau rata.
Tuang bancuhan susu ke dalam loyang dan rendam roti selama 10 hingga 15 minit.

Bakar selama 40 minit, atau sehingga masak.

Untuk menyediakan sos kastad, satukan susu, guka dan tepung kastad di dalam periuk yang sesuai. Panaskan dengan api perlahan dan kacau bancuhan menjadi likat.

Bila dah siap, boleh serve sama ada panas atau sejuk.

Fakta tambahan : saya ada sprinkle gula ising di permukaan roti sebelum masuk dalam oven untuk merapuhkan bahagian atas yang terbakar.

Dah dulu. Babai.

Enjoy! Happy trying!

7 comments:

kasihredha said...

cantiknya puding roti nii..
kalau akak buat biasaya compang comping sebab tak leh nak potong..selalu je terlembik...sebab tak ikut resepi.

zarin said...

yang kuning kuning tu apa? nenas ke?

Hann said...

kak kasih..

to be true, saya hanya ikut cara je. bahan semua tak cukup macam yang dalam resipi cakap.. alhamdulillah lah jadik :) jom try buat lain..

Hann said...

Zarin..

hak tu orange sunkist.. makan ngan buah pon lazat

Lady of Leisure said...

sedapnya, cantik pulak tu.. i kalau dengan bread pudding ni memang tak boleh tahan, i akan makan makan dan makan hehe

Hann said...

Lady..

samalah kita.. asik makan je spesis ni.. hikss

hani said...

salam kak,
nampak sgt attempt..saya teruja...santik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails