Monday, January 24, 2011

Makan-makan di EDC, UUM







Hari tu pejabat kite kerja ni ada buat program kat EDC, UUM. Bukan baru kali ni, dah banyak kali. Tapi kite tak pernah tergerak hati nak review pasai makanan atau tempat ni. Agaknya sebab selalu sangat sampai sini.

Untuk yang tak tau tempat ni kat mana, actually, tak jauh dari sempadan Thailand. Ikut je Lebuhraya Utara Selatan, hingga sampai ke susur keluar ke UUM dan ke Kuala Perlis, ambil laluan untuk ke UUM. Jalan teruuuuus je sampai ke persimpangan untuk ke Bukit Tangga, iaitu sebelum sampai ke pagar UUM. Dari jauh dah boleh nampak EDC nih.. Terpacak kat persimpangan jalan.

Jalan ke Sintok, UUM. Best je kan.. tak jem pon!

Kalau sesiapa nak ke Thailand, bolehlah singgah bermalam di situ. Setaraf hotel lima bintang, dikelilingi dengan alam semula jadi. Sejuk you! Kalau sesiapa yang nak lari jauh dari bandar yang sesak, hanya nak bertenang-tenang main golf ke nak tengok rusa ka, nak soping kat Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar, maka tempat ni sesuai amat.

EDC, UUM
Lupe nak bagitau.. Kalau menginap sini atau buat program kat sini, wifi free tau..
Nanti kite cover EDC, UUM ni sekali lagi.. Bebila ada program kat situ. Nak maklumat lanjut, tengok sini.

Kite suka makanan kat situ lately ni. Tetambah kalau free.. Haha.. Kebetulan hari tu ada nasi biryani, tapi kite tak teruja nak layan walupun sedap. Kite layan laksa sintok.. Sedap! Cuma masa tengok accessories yang diletakkan tepi tu untuk laksa sintok ni, kite macam tak reti nak kawan-kawankan dengan laksa tu. Ada ulam raja, ada taugeh dan tah apa lagi kite tak ingat. Sudahnya kite letak telur dan cabai melaka je.. Tapi serius tak tipu. Sedap bangat!

Ni kite punye..

Laksa yang halus-haluss.. Kak Yati punya yang lebih togel

Ni yang siap dengan accessoriesnya, daun ulam raja dan kawan-kawannya. Kak Maziah punya.

Rojak buah yang sangat best.

Serawa Pisang yang super sedap!


Puding laici. Yang ni pon best jugak.


Member makan.. Kak Yati and Kak Siti yang bermata kelabu


Sebelah kanan tu adalah Kak Yati, tokei Seri Muka Bakar yang kita entrikan hari tu.
Sebelahnya adalah Kak Maziah.

Ni lah Puan Su yang greet we all masa tengah sedap makan. Beliau adalah GM EDC. Kalau nak buat program kat sini, boleh reach her at 04-928 4000.


Dah dulu. Babai..


13 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Hann. CNY ni saya nak balik utara & gi Padang Besar, bleh bagi clue tak cemana nak ke sini, pls.... terliur tengok laksa sintok tu..

email sy tau: yusarima@yahoo.com.my

kasihredha said...

wah sedapnya hann..
akak tunggu2 je kot2 ada pics hann..:)

Anie said...

Salam Hann,

Oooohhh u pun pegi JJCM jugak arh. Tapi I tgk u punya makanan boleh jatuh tergolek2 kempunan arh babe...sodap2 semuanya arrhhh mennncciii....hehehehz

anymz said...

salam hann,masa akak dok kedah dulu selalu rindu nak mkn makanan n.s.bila dah balik n.s rindu nak makan makanan kedah..isshh...tang laksa tu yang akak tak tahan sekali tuh.

sal said...

makanannya nampak menarik ya..
penginapannya ok jugak..selesa

Hann said...

Sari,

Check inbox ye!
Selamat datang ke EDC, UUM..

Hann said...

Kak kasih..

mm.. saya ada kat sebelah pinggan laksa sintok tu..

setakat la ni tak rasa boleh menjelma lagi.. takut ramai yang terpesona.. hehhe..

Hann said...

Anie..

nanti u balik sini, i treat u makan sini lah.. makan semua benda yang u mengidam..

aci?

Hann said...

kak anym, kak kasih, anie, sal, sari..

meh le datang sini, kite buat gathering kat sini, saya jamu makan laksa ni.. meh le..

kak anym..
bilanya akak dok kedah? awat la tak ditakdirkan kita berjumpa..? iskk tetiba sedih..

Hann said...

Sal..
bukan setakat nampak menarik.. rasanya adalah sangat best.

Ada dua tiga menu di situ kalau saya pi memang tercari-cari.. tapi tu lah, ikut nasib lah kan..

mai lah sini holiday2..

kak aidah said...

Masa mula2 akak ke Utara rasa macam pelik je tengok laksa dia yg berlemak2 tu, tapi bila dah duk area Pantai Timur ni dah tak heran dah. Anyway good info untuk sesiapa yg nak menghala ke Utara

Suzi said...

pernah sampai sekali uum tahun lepas. visit adik kat UUM dan Perlis. UUM tu memang jauh ke dalam kan...bagus tenang sikit nak study.

homestaychanglun said...

kalau memerlukan homestay d area changlun, boleh la hubungi 019-5748700 ridzuan.
www.homestayhazim.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails