Cantik dan perempuan dan nowadays ni adalah termasuk lelaki jugak adalah sinonim, berkawan-kawan dan tidak boleh dipisahkan. Tapi untuk lelaki sejati tak le diistilahkan sebagi cantik, but lebih kepada hensem dan macho. Ikut suka lah nak nama apa pun kan.
Tapi, dalam apa juga cara nak cantik, seharusnya bermula dari pemakanan dan apa juga yang masuk perut tu lah akan menjamin keadaan luaran, peribadi, akhlak, rupa diri dan segalanya. Kalau elok dan halal, maka eloklah seluruhnya.
Tak mo diskas benda tu banyak sebab makcik bukan ustajah. Belajaq sikit-sikit ja habuan nak hidup dan memanfaatkan setiaf denyut nadi untuk menghadapi kematian.
Punca utama entry ini adalah untuk menyalurkan maklumat seperti tajuk di atas. Berikut adalah 6 tip pemakanan tersebut :
1. Minumlah banyak air putih
Air banyak menjaga kulit daripada dehidrasi dan membuang racun dari dalam badan. Kuantiti air yang sepatutnya adalah 8 gelas setiap hari. Ianya sangat baik untuk kecantikan kulit dan tubuh agar tidak kering.
2. Makanan berwarna jingga
Kebanyakan makanan berwarna jingga dan oren ini kaya dengan beta karotin yang dapat membantu memperbaiki kulit. Ianya termasuklah keledek, badam, mangga dan lobak merah.
3. Makanan yang mengandungi vitamin C
Ia membantu pembentukan kolagen pada kulit dan tubuh juga lebih sihat dengan pengambilan vitamin ini. Vitamin C ini boleh didapati daripada sayuran hijau dan buah-buahan seperti limau dan banyak lagi.
4. Kurangkan lemak
Sebenarnya jika terlalu sedikit makan makanan berlemak, kulit akan menjadi kering. Tetapi anda harus elak konsumsi lemak yang berlebihanseperti daging merah, mentega dan keju.
5. Makan makanan seimbang
Multi vitamin masih lebih baik berbanding suplemen. Kadangkala jumlah yang berlebihan dari satu jenis vitamin dapat mengurangi kemampuan tubuh untuk menyerap vitamin yang lain.
6. Jangan lupa vitamin H
Biotin atau vitamin B7 atau vitamin H dapat mencegah kerapuhan kuku. Biotin ini terdapat dalam ikan, susu, keju dan kobis.
Punca sedutan : Rasa, April 2005
Semoga bermanfaat dan selamat beramal!
4 comments:
huwaa i sangat bermasalah dengan no 1 tu sebab tak berapa minum bnyk air putih.. kulit memang agak kering la huwaa tensen..
useful tips hann! umah mokwo nih tersangat kurang mkn sayur n buah2
Lady,
Dulu i pon sangat bermasalah dengan ni 1 tu. Bila I baca, antara yang best time nak minum ni adalah awal pagi. Minum 8 gelas. Mau pengsan kan? Tapi I manage to try. Lepas tu slim u.. Tak tipu. berat i turun dengan jayanya. Tapi masalah minum waktu pagi ni suffer nak pi toil.. Tambah perjalanan jauh nak sampai opis.. Stress u.
Try lah. have fun minum air kosong. Sangat baik, dan awet muda. Go lady go!
Mokwonik,
cuba lah pelan-pelan.. lama-lama ok.. sikit sehari..
Post a Comment