Saturday, October 23, 2010

Nasi Lemak Versi Nak Jaga Berat






Agak lama saya jauh dari blog ni. Kesibukan hal-hal dunia tak dapat dibendung-bendung. Maka, bila waktu malam, mata tinggai kecik, ala-ala macam garfield, otak tak mampu nak merembes idea dan jari agak lemah nak bermain mouse serta mengetuk keyboard, maka makcik serender.. Untuk update blog sendiri agak tak dan, apatah lagi melilau-lilau dan bertenggek di tingkap dapur kawan-kawan.


Sikit je..

Untuk kali ini, saya hidangkan Nasi Lemak Versi Nak Jaga Berat, sebab ni gambaq capture dari pinggan sendiri. Hak tambah lepas dari round ni belakang kira. Ikut orang putih cakap, breakfast like a king..

Layan gambaq je. Saya main sukati je buat nasik lemak ni, ikut sedap jari nak punggai bahan.. (sila rujuk sini untuk maksud punggai)

Telur pun suku.. nasi sikit, ikan bilis sikit..

Selamat makan, sambil menjaga badan! Yeah!


No comments:

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails