Tuesday, October 19, 2010

Bubur Jagung







Projek mengabiskan jagung yang hari tu. Maka, disiapkan bubur jagung sebagai santapan ahli rumah, kecuali baba. Sampai ke titik akhir bubur ni dari periuk, beliau tak jamah sebab sibuk kerja demi Negara. Makanya, layan anak-anak je lah. Seronok tengok kids makan nih. Super delisyez. Resipi adalah seperti di bawah. (saya agak skema hari ni.. macam tak percaya ni saya.. hiks)




Bahan-bahan :
  • 2 tongkol jagung madu – dipotong/dihiris isinya
  • Sagu putih – Ikut suka nak banyak mana, rendam lebih kurang 10 minit
  • Santan – Saya guna santan kotak je kali ni.
  • Gula pasir, campur sikit dengan gula merah/gula kabung.
  • Air
  • Garam secukup rasa
  • Daun pandan
Penyediaan :
  • Campurkan air (sekadar meneggelamkan bahan-bahan) dengan jagung, gula, sagu dan daun pandan. Masak hingga mendidih dengan api sederhana.
  • Bila jagung dah lembut, masukkan santan dan sedikit garam. Kacau dan Biarkan sebentar.
  • Di kala sagu telah kelihatan jernih, masukkan santan, dan biar kuah mendidih sebentar.
  • Seimbangkan rasa. Tutup api dan sedia untuk dinikmati dengan lazatnya.

Enjoy!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails