Wednesday, October 13, 2010

Anda faham pasal kolestrol?




Tak faham pasal tahap kolestrol dalam badan? Saya pun tak paham. Hehe. Dan kebetulan saya jumpa artikel tentang memahami kolestrol dalam badan, dan harap dengan ini akan membantu kita celik tentang kolestrol jahat dan baik. Bukan manusia je ada yang baik dan jahat kan?
Bila kena check paras kolestrol?
Sepatutnya diperiksa sekali dalam tempoh lima tahun bagi yang berusia 20 tahun ke atas.

Bagaimana bentuk pemeriksaan?
Pemeriksaan dibuat melalui ujian darah yang dipanggil lipoprotein. Ujian saringan ini disyorkan kepada lelaki yang berusia 35 tahun ke atas dan wanita 45 tahun ke atas.

Apakah yang diukur melalui ujian lipoprotein?

Ujian ini mengukur
  • LDL (kolestrol lipoprotein density rendah, atau kolestrol jahat)
  • HDL (kolestrol lipoprotein tinggi, atau kolestrol baik)
  • Triglycerides (lemak yang ada dalam darah daripada makanan yang kita makan. Labihan kalori, alcohol atau gula dalam badan ditukar kepada triglycerides dan disimpan dalam sel-sel lemak di seluruh badan)
gambar dari sini

Apakah bentuk keputusan ujian ini dan bagaimana nak tafsirkan?
Keputusan ujian akan diuukur dalam bentuk nombor. Berikut adalah tafsiran keputusan tersebut :
  • Kolestrol LDL
    Kolestrol ini boleh terkumpul pada dinding pembuluh darah dan meningkatkan risiko diserang penyakit jantung. Sebab tu lah dipanggil kolestrol jahat, suka dok bagi penyakit kat orang. Makanya, lebih rendah kolestrol LDL adalah lebih baik untuk kesihatan.
  1. Kurang 100 optimum (kedudukan paling baik
  2. 100 - 129 hampir optimum/atas optimum
  3. 130 – 159 garis sempadan tinggi
  4. 160 – 189 tinggi
  5. 190 dan ke atas – sangat tinggi
Jika anda mempunyai penyakit jantung atau berkaitan pembuluh darah, sesetengah pakar akan menyarankan agar paras kolestrol anda di bawah 70. Bagi mereka yang menghidapi diabetes atau pelbagai factor risiko serangan jantung matlamat rawatan ialah mencapai LDL kurang daripada 100.
  • Kolestrol HDL
    Bagi kolestrol jenis ini, lebih tinggi nombornya adalah lebih baik untuk kesihatan. Kolestrol ini melindungi dari serangan penyakit jantungdengan cara mengeluarkan kolestrol jahat dari dalam darah dan mengelakkan daripada berkumpul di pembuluh darah. Carta kolestrol ini adalah seperti berikut :
  1. 60 dan ke atas – tinggi. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  2. Kurang daripada 40 bagi lelaki dan kurang daripada 50b bagi wanita – rendah. Dianggap risiko bagi penyakit jantung.
Jumlah keseluruhan kolestrol
Jumlah keluruhan kolestrol diukur daripada kolestrol LDL, kolestrol HDL dan komponen lipid lain. Doktor akan menyarankan paras kolestrol mesti di bawah 200. Carta adalah seperti berikut :
  1. Kurang daripada 200 amat baik
  2. 200 – 239 garis sempadan tinggi
  3. 240 dan ke atas – tinggi
Diharapkan maklumat ini akan membantu anda untuk memahami keadaan diri sendiri, termasuk saya sendiri.

Semoga bermanfaat!

No comments:

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails