Saturday, August 14, 2010

Mata Kucing







Sedar tak sedar, cepat sungguh bunga pokok mata kucing yang bertenggek kat laman dah bertukar menjadi buah. Rasa macam baru kemarin lalu, bunga adalah bunga, dan belum jadi buah. Cuma dahannya yang melendut turun tu je yang perasan. Nampak sangat kan, lalu lalang, tapi sungguh tak kurang prihatin. 






Kat laman, ada 3 pokok semuanya. Kat depan ada satu, kat tepi ada dua. Semua pokok ni bukan dalam laman, tapi seberang parit, tepi jalan. Kalau ada pagar, di luar pagar lah. Since rumah saya tak berpagar, makanya semua tu adalah laman lah kan? Hiks. Dan pokok ni pun, bukan baba yang tanam. Kalau baba tanam, alamatnya tak dan nak membesaq dan merasalah buah tu. Hehe. Pokok ni semua pemaju perumahan yang tanam. Mujur depa baik. Ada intensi nak menghijaukan laman lebih dulu, selain mementenkan pokok getah depan rumah saya. Agaknya bila tua nanti, pokok getah tu akan jadi lebih dari sebesar pemeluk. Time rega getah agak tinggi nih, kalau pi motong subuh sepi'ie dua batang pokok tu, agak-agak buleh kaya dak? Haha. 


Jauh melalut. Buah ni sedang berkembang mekar, mewujudkan isi di dalam kulit agar member rasa yang sungguh ampuh, mengguirkan, dan menggoda jiwa. Dalam keadaan dia kecik to'et macam ni, anak saya dan anak-anak jiran yang diajak oleh anak saya memetik dan memakan buahnya walau belum kembang dan masak. Kiranya buah yang dalam radius capaian tangan yang kecik mone tu, tak selamatlah membesar. Yang tinggi-tinggi pun kurang selamat disebabkan menjadi rezeki kepada haiwan lain. Untuk menyelamatkan buah ni, baba selalunya akan membalut buah ni. Sempatlah membesar dengan selamatnya.


Sungguh! Buah ni sangat manis. Lebih manis dari yang ada di pasaran. Sapa yang berminat nak jadi pemborong.. heheh, mai lah rumah. Cuma, kalau orang Melayu kita ni, katanya tak berapa elok kalau makan buah ni banyak-banyak. Sejuk. Batuk. Tu alasan paling kukuh. Betullah kot. Kalau makan sampai sepokok, betullah penyakit lain yang datang.


The longan (simplified Chinese: ; traditional Chinese: 龍眼; Mandarin Pinyin: lóngyǎn; Jyutping: lung4 ngaan5; literally "dragon eye"; Vietnamese: Long Nhãn/Nhãn; Malay: mata kucing, literally "cat's eye", Indonesian: Kelengkeng, or simply called "Lengkeng", Thai: ลำไย) is a tropical tree native to Southeast Asia. Ni adalah introduksi teantang buah ni di seluruh alam maya. Dipetik dari Cik WIKI.

Untuk khasiat lain dari buah ni, boleh jenguk kat sini.


Semoga bermanfaat.





 

2 comments:

Chik Mimi said...

salam Hann,besttttnya tak yah keluaq duit nak makan,kalau hubby sy mmg pebret buah mata kucing ni tp sy kurang sikit,tapi kalau dah start makan tak boleh berenti

Hann said...

Chik Mimi..

yeah. betul. jimat duit. hehe. Mai lah singgah rumah. lepas raya nanti boleh makan dengan sakannya. Habis 3 pokok, baru kita berenti. Nak? :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails