Friday, August 13, 2010

Kuih Bakar Labu







Ada separuh lagi labu pemberian Aziah. Kebetulan ada sahabat yang nak adakan majlis bacaan yaasin kat rumahnya petang ni, bukan.. petang bila Sabtu minggu lepas. Hehe.. ni entri terperam.. Makanya layan lah resipi cik Mat Gebu nih. Mudah-mudahan dapat dipanjangkan pahala untuk Aziah atas sebiji labunya. Cik Mat, minta izin kopi pes resipi. Tengkiuss..






BAHAN-BAHANNYA :


  • 5 biji telur
  • 500 ml santan (atau 200 ml santan kotak + 300 ml air)
  • 200 g tepung gandum
  • 180 g gula halus (nak manis boleh tambah sikit lagi)
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh esen vanilla

  • 450 g labu manis, kukus hingga lembut dan lecek hingga halus



    PENYEDIAAN

     
    • Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3 ) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan aluminium foil, lenser juga permukaan aluminium foil tadi (kalau nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin (7 x7 x 3) inci. Ketepikan...
    • Satukan bahan2 diatas kecuali labu lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
    • Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata.
    • Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
    • Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin. Potong ikut kreativiti masing2 dan hidangkan.

    Enjoy!



2 comments:

HomeKreation said...

Salam Ramadhan & salam kenal. Cantik nya kuih labu yg Hann buat.

Hann said...

Along,

terima kasih sudi singgah. selalunya dok tengok along kot jauh je.. hikss..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails