Monday, August 9, 2010

Cekodok Labu Manis







Sebenarnya ni entry untuk rabu lepas, sebelum saya ke Kelantan. Tak sempat nak publish. Kebetulan masa tu saya sambil tunggu member2 pejabat ambik saya kat rumah. Di celah tunggu tu ada tetamu pulak yang bertandang. 


Ni adalah sambungan labu aziah yang saya buat untuk pengat atau serawa labu yang saya dah buat sebelum ni di sini, orang kedah cakap. Saya ambik sikit untuk menerai buat cekodok ni. Sedap dan lembut.

Resipi di kopi pes dan edit dari blog kak An yang sedang merabiskan waktu berpantangnya. Sebut pasai Kak An ni, sebenarnya beliau adalah kakak senior saya di PJ dulu. Kenal baik dan pernah join baktisiswa dengan orang wara' macam kak an.. Thanks k an untuk resipi ni.





 

Bahan-bahan: (hidangan untuk 3-5 orang)

 

  • 300 gm labu kuning
  • 2-3 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan air
  • 1 biji telur gred C- kalau telur besar, tambah sikit lagi tepung/ kurangkan sikit air

 

Penyediaan :

  • Kupas kulit labu dan potong dadu. Rebus hingga empuk dan toskan. (boleh juga dikukus)
  • Masukkan labu bersama gula pasir ke dalam mangkuk. Lecek halus labu dan gaul hingga gula hancur. Senang dibuat ketika labu masih panas.
  • masukkan tepung, air dan garam. Gaul dengan tangan atau senduk hingga adunan sebati.
  • Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Jemputkan adunan ke dalam kuali. Kacau sekali-sekala agar cekodok masak rata dan bulat cantik. Goreng hingga keperangan.
 
Angkat dan toskan. Hidang ketika masih panas atau sejuk sebab, cekodok kekal lembut di dalam walaupun ketika sejuk.... anak-anak K.An memang suka.... (Anak saya pun suka..)


 

Enjoy!









4 comments:

Chik Mimi said...

salam hann sedappppnya lamanya tak buat cekodok labu ni

zarin said...

salam hann
belum pernah lagi buat cekodok labu ni..pernah buat guna labu yg tk rebus..just parut je labu tu...nanti boleh cuba jugak ni

Hann said...

chik Mimi..

apa lagi.. boleh buat untuk berbuka puasa nanti :))

Hann said...

zarin

try lah. berbaloi-baloi.. hiks..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails