Sunday, August 29, 2010

Ikan Bawal Kukus








Nak makan something yang simple.. demi nak menurunkan berat sempena bulan ramadhan ni. Tapi kan, kalau sedap, nak makan tak boleh berenti, dan bertambah-tambah nasik, camana tu? Hiks. Yeah. Demi hasrat nan satu itu, saya telah mengukus Ikan bawal setelah tenung Kak An punya resipi.. Layann.. zasss..



 Bahan–bahan :
  • 1 ekor ikan bawal hitam
  • 1 inci halia dihiris panjang-panjang, nipis-nipis
  • 1 labu bawang besar – dimayang secantiknya
  • Sebatang serai – diketuk
  • 1 tangkai cili merah dihiris serong – tak letak
  • 3 tangkai cilia pi – diketuk
  • Lada hitam – ditumbuk halus
  • Asam jawa – diperah airnya
  • Limau kasturi – tak letak
  • Sedikit garam
Penyediaan :
  • Didihkan air kukusan. Lumur ikan dengan garam. Masukkan ke dalam bekas tahan panas. Taburkan semua bahan atas ikan. Masukkan juga air asam jawa dan perahan limau kasturi. Kukus ikan selama 15-20 minit.
  • Keluarkan ikan dari kukusan dan sedia dihidang bersama air asam.
Enjoy!

No comments:

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails