Tuesday, August 24, 2010

Daging Masak Hitam






Salam Ramadhan. Selamat meneruskan ibadah puasa. Di pertengahan bulan ni, kata Allah adalah "pengampunan". Maka, jom kita berpesta ibadah. Semoga mendekatkan kita dengan Allah. Semoga hati lebih tenang.

Ni juadah untuk berbuka. Kebetulan kemarin rajin sikit untuk memasak sebaik sampai rumah dari tempat kerja. Baba bagi resipi ni. Katanya dari caterer terkenal di kawasan Aloq Staq.

Jom tengok resipi :



Bahan-bahan :
  • 1 kg daging
  • 1 botol kicap pekat
  • 2 @ 3 batang serai*
  • 3 labu bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 5 – 6 biji cabai kering* - kalau tak nak pedas, boleh reduce.
  • 2-3 inci lengkuas*
  • 3 inci kunyit hidup*
  • Kulit kayu manis
  • Bunga cengkih
  • Buah pelaga
  • Sedikit air

Penyediaan :
  • Daging dipotong. Bersihkan dan diperap dengan kicap pekat selama 10-20 minit
  • Mesinkan semua bahan yang bertanda *
  • Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga
  • Masukkan bahan yang dimesin tadi dan kacau sehingga kekuning-kuningan.
  • Masukkan daging yang telah diperap dengan kicap tadi.
  • Masukkan sedikit air, garam dan gula.
Enjoy!


2 comments:

Chik Mimi said...

tq hann nampah sedap n menyelerakan ,insyaAllah nak try nnti

boxhousestudio said...

salam hann

salam ziarah...
salam ramadhan kareem...
salam ibadah...
salam ukhuwah...
dari BHS ya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails