Tuesday, July 13, 2010

Udang Bersalut Tepung








Penuh semangat balik dari kerja kemarin. Dengan kegigihan yang jitu, terus masuk dapur dan masak. Nampak sangat kan tak berapa rajin masak. Haha. Tapi mengaku lah, hari ni agak rajin. Nak menggodek udang ni.Walaupun telaga buruk masih lagi berada di dalam mulut, dan masih sakit sikit-sikit lagi, tapi terasa sungguh nak makan udang dalam bentuk yang santai macam ni. Uh! Nikmat! Tumpang resipi di sini. Tapi saya saja je tukaq nama, supaya Nampak macam chef hotel masak. Sedikit perasan kat situ. Resipi adalah seperti berikut :

Bahan-bahan:

  • udang saiz sederhana besar - buang kulit dan tinggal ekor 
  • 3/4 cawan tepung gandum –
  • 1 sudu kecil baking powder
  • garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • sedikit pewarna kuning – saya gantikan dengan serbuk kunyit
  • air secukupnya
  • minyak untuk mengoreng
  • 1 sudu besar tepung lagi - untuk lumur pada udang
  • Saya tambahkan sedikit sebuk kari
Penyediaan :

  • Toskan dulu udang bagi betul-betul kering, (lap dengan tisu dapur) kemudian lumurkan udang dengan tepung. Ketepikan.
  • Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Kacau sebati. Adunan ni agak pekat dan boleh menyaluti udang. Agak-agak melekat elok je kat udang tu. Tak menitik-nitik. Biarkan dulu seketika dalam 5-7 minit sebelum digunakan.
  • Panaskan minyak dan boleh la celup udang satu-satu dalam tepung dengan pegang bahagain ekornya, kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap.
 
Enjoy!






No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails