Mak saya cakap, sebaik memasuki bulan Rejab, dan semakin menghampiri bulan Ramadhan, selalunya cuaca akan berubah, dari kepanasan yang melampau, akan menjadi lebih redup, sejuk, berangin, dan tak lah terasa sangat keperitan panas seperti biasaa. Andai panas sekalipun, akan terasa sejuk berangin. Masa saya berjalan dari bangunan pejabat saya ke dua bangunan lain yang agak jauh perjalanannya, sangatlah saya terasa akan perubahan berkenaan. Daun di pokok melambai-lambai. Bukan daun je, tudung saya juga terlambai-lambai dipuput angin lembut. Saya suka suasana macam ni. Sungguh besar rahmat Allah di kala tiba bulan-bulan yang sungguh istimewa ini. Mudah-mudahan niat kita nak menjalankan ibadah puasa sunat di bulan Sya'aban sekarang, dan mengharungi Ramadhan yang akan datang, susananya akan lebih membuatkan kita teruja untuk melakukan yang demikian.
Selalunya dalam tempoh perubahan cuaca ni, kita akan mudah terkena penyakit ni. Tambahan lagi kalau tak jaga pemakanan, dan tingkatkan imuniti badan. Dalam kes saya ni, saya amat mudah terkena penyakit ni kalau minum minuman berais. Dan paling cepat sekali sekiranya pi makan kenduri, air yang dihidangkan adalah bukan air yang dimasak atau yang sewaktu dengannya. Sebab tu jugalah saya jarang amat untuk minum ais dalam banyak keadaan. Akan ambil juga sekali sekala kalau saya rasa boleh tolerate dengan kesejukan itu.
Dan andai terasa macam nak terinfect dengan penyakit tu, ada dulu kawan saya bagitau ambil pil Clarinase yang boleh didapati di farmasi. Betul. Agak berkesan di situ. Mengurangkan kerengsaan hidung dan boleh bernafas seperti biasa. Bagusnya pil ini adalah tak membuatkan kita mengantuk. Kalau saya pi klinik dan doctor bagi ubat berketul-ketul tapi boleh melenakan, saya selalunya tak ambil. Tak suka lena dalam keadaan berubat, sebab takkan membuatkan saya lena yang bersungguh-sungguh, asik terjaga je.
Dari pembacaan saya, andai nak mengatasi masalah selsema,
- Banyakkan istirehat – boleh mengelakkan nose dari running away.. boleh membantu menguatkan sistem kekebalan tubuh. Makan sup dan sayur-sayuran.
- Makan produk organik. Dengan itu, tubuh tidak perlu membazir tenaga untuk menyingkirkan racun pada sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Makan makanan yang kaya dengan zink untuk meningkatkan pengeluaran sel darah putih yang diperlukan untuk mencegah selsema. Antara sumber makanan terbaik adalah dadih rendah lemak dan bijirin penuh.
- Perbanyakkan minum air. Ni kalau dalam keadaan biasa pun adalah sangat wajib. Air akan menjaga selaput lendir agar tetap lembap dan mencegah virus masuk ke tubuh.
- Bersenam juga akan membantu menguatkan system imun tubuh.
Hari ni dah satu Sya'aban. Semoga kita sama-sama akan berusaha meningkatkan amalan kebaikan di bulan yang penuh keberkatan ini. Selamat menyambut bulan Sya'aban.
Semoga bermanfaat dan selamat beramal.
No comments:
Post a Comment