Monday, July 12, 2010

Telaga Buruk dan Apam Comel








Sejak Jumaat lepas, telaga buruk dah mula bertapak. Puas saya merepair agar tak membiak. Sabtunya telaga buruk menjadi semakin buruk. Lupa nak setori yang telaga buruk adalah sejenis ulser yang tumbuh di dalam mulut. Masa saya sekolah zaman dulu, kawan saya, Bul nama panggilannya menggelarkan ulser di dalam mulut adalah sebagai telaga buruk. Istilah yang masih digunapakai sehingga kini. Untuk kali ni, tempatnya sungguh tak best. Berhampiran dan mencipta kejiranan dengan anak tekak. Sakit kali ini adalah yang sangat bersangatan. Ambik masa juga dua tiga hari. Hari ni macam dah ok sikit. Dalam tempoh tersebut mulut kena tutup, kurang bercakap, kurang makan. (yeah! Berat tetiba turun) Tangan je banyak bergerak. Dan secara tetiba juga terhasil apam comel ni. Mujur memang comel sangat di dalam keadaan saya yang menahan sakit. Ramai yang dah urus resipi ni. Saya je baru nak cuba try test. Saya ambil dari Hana. Tengok resipi. Jom!



Bahan-bahan :
  • 3 biji telur dari peti ais
  • 275 gm tepung gandum/tepung kek
  • 220 gm gula halus. Saya reduce jumlahnya.
  • 150 gm susu segar
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallet


Untuk resipi ni saya tak gunakan inti kelapa. Guna blueberry filling je.


Penyediaan :


  • Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
  • Pukul dengan mixer pada kelajuan tinggi selama 6 – 8 minit
  • Bahagikan kepada beberapa mangkuk dan titiskan pewarna mengikut kesukaan.
  • Masukkan dalam piping bag atau plastic yang bersih.
  • Paipkan sedikit ke dalam mangkuk kertas yang disusun dalam acuan.
  • Masukkan inti.
  • Paipkan lagi dengan warna yang lain sehingga ¾ penuh.
  • Kukus dalam kukusan yang dipanaskan selama 10-15 minit.


Enjoy!






2 comments:

Suzi said...

salam hann, ingatkan apa dia telaga buruk...ulser mulut rupanya hehehe...

apam tu memang comey!

Unknown said...

salam suzi.

tq sudi singgah. Memang kami panggil telaga buruk sebab belubang.. kat dalam mulut. hehehhe

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails