Friday, July 16, 2010

Sup Udang






Udang lagi. Sampai dah tak tau nak buat apa dengan udang ni. Meronda-ronda di dapur Cik Mat, saya terjumpa resipinya yang macam tu. Cuma saya simplekan caranya mengikut bahan yang ada. Lagipun nak bagi power rangers 4 kaler tu makan. Kalau tajuk masakan adalah udang bergulai, alamatnya adalah nanti yang tiba-tiba akan bersilat sebab tak suka. Kalau buat sup ni, laju je diorang makan. Layan sup udang pulak kali ni. Saya adaptasikan dari Cik Mat punya resipi ni :


Bahan-Bahannya :

  • udang BESAR 
  • lobak merah, potong baji 
  • bunga kobis
  • fishcake dan fishball 
  • 1 kiub pati ikan bilis  
  • 2 biji bawang besar, hiris kasar
  • 3 ulas bawang putih, hiris halus 
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam 
  • air mengikut keperluan
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan daun sup – tetiba stok habis. hehe

Penyediaan :

  • Udang dibersihkan, gunting muncung dan kaki2nya, korek kotoran dibahagian kepala udang, cuci bersih dan toskan. Jangan kupas kulitnya.
  • Dalam periuk, panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang besar, bawang putih hingga wangi. Tuang air, masukkan kuib ikan bilis. Tambah lobak merah dan biar mendidih.
  • Masukkan udang, fishball dan fishcake, tambah serbuk lada hitam dan biar mendidih perlahan. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh angkat dan tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan.
Enjoy!


    2 comments:

    Suzi said...

    simple dan sedap...
    yg ptg kena dgn selera famili kita ..kan?

    Hann said...

    suzi..

    betul tu. Kalau ikut tekak kita, segala bagai nak makan. Kena ikut majoriti yang nak makan dalam rumah. Kalau tak, membazir je alamatnya.

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails