Saturday, July 17, 2010

Cempedak Bersalut Tepung








Pada suatu petang, secara tiba-tiba, rasa itu membuak-buak. Sungguh! Tak tipu. Rasa rindu untuk merasai kehangatan.. oh! Sungguh lah best! Hahaha. Jangan ingat bukan-bukan pulak. Ni kes wangi cempedak goreng sapa tah saya terhidu. Maka lepas kutip anak-anak di nursery, saya singgah di gerai pakcik tu yang menjual buah cempedak ni lah. Dia dengan tulus hati bagitau buah belum masak. Kalau nak goring petang ni, tak boleh lagi, katanya. Esok boleh lah. Projek kena pospon esok pulak. Ok lah. Esok pon, esok lah. Tapi esok pun tak masak lagi. Tunggu lusa.. belum jugak. Tungging, buyung pun tak jugak. Lepas tu dah tak tau apa dah takrifan. Masih tak masak. Isk. Pakcik nih. Nak je pi bagi balik buah tu. Seminggu lah jugak tunggu cempedak tu. Sampai saya pi Kelumpo, balik mai pon tak masak lagi. Kemarin, Jumaat, dah masak dah. Makanya saya telah menyalutinya dengan tepung. Cara paling mudah, guna tepung goreng yang macam-macam tu, pas tu, tambah garam sikit, air kapur sikit. Celup Salut dengan tepung. Goreng sampai masak. Saja ja kali ni tukaq nama, kasi gempaq sikit.. haha. Enjoy!





No comments:

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails