Wednesday, July 7, 2010

Sausage Roll








Memandangkan petang yang kelabu-kelabu macam nak hujan hari sabtu lepas, saya berkira-kira untuk membuat sesuatu yang segera, simple dan tak payah pikir banyak. Makanya terhasillah resipi ni. Bukan anak je suka makan, saya pun suka! Sangat sedap dicicah dengan sos. Sahabat saya, Karimah yang bagi resipi ni. Katanya dari sahabatnya, Jeni. Jom tengok resipi.
Bahan-bahan :
  • Beberapa keping roti
  • Sosej
  • Breadcrumbs
  • Telur
  • Sedikit tepung dicampurkan dengan air
Penyediaan :
  • Stimkan roti
  • Rebuskan sosej
  • Gelekkan roti berkenaan. (Roti mudah digelekkan setelah distimkan dan tidak meresap minyak bila digoreng)
  • Letakkan sosej di atas roti, roll up and sealkan dengan campuran tepung dan air.
  • Pukul telur sedikit. Rendamkan sosej roll ke dalam telur.
  • Golekkan dan ratakan atas breadcrumbs
  • Goreng di atas api sederhana.
Enjoy!



5 comments:

inahar ali said...

salam kenal hann..wah kt sini pun mcm2 adaaaa..akak link hann gak ye!

Unknown said...

Salam kak ina.

terima kasih sudi berkunjung.
hikhikhik.. tq sudi link saya

EmbunRosaliza said...

salam kenal hann...best je nmpk sosej roll tu

Unknown said...

Kak Liza..

Salam kenal.. terima kasih sudi singgah.

sosej roll tu bukan setakat nampak, memang sedap.. tak berminyak, and crunchy.

kzai said...

salam kenal Hann...akak suka masuk blog ni...mcm2 resipi dan info ada..nnt akak nk copy info kesihatan utk rujukan diri sendiri dr sini blh x?..akak minta maaf ye,sbb dh link blog ni lebih awal...

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails