Thursday, July 8, 2010

Kwey Teow Kerang, Banana Split dan Carrot Susu







Dalam bulan Rejab yang mulia ni, kita disunatkan berpuasa. Kalau rajin lah. Paling kurang, sehari atau tiga hari atau sebulan bagi yang bersungguh-sungguh. Usahakanlah sedaya yang mampu. Kalau yang belum ganti puasa, makanya time ni lah paling sesuai sebelum ramadhan menjelma. Kalau tak, nanti tak pasal-pasal je kena bayaq fidyah. Kalau dah habis ganti, baguslah. Sambung dengan yang sunat pulak. Mudah-mudahan Allah lipat gandakan pahala. Ye lah, takkan nak harap solat fardhu je kan, kena lah ada amalan sunat gak.. buat bekalan mati nanti.. Peringatan untuk diri sendiri.

Dan, kebetulan hari tu saya berpuasa, selain menyambut yang sunat, terpesona dengan bos saya yang mengamalkan sunat puasa hari Isnin dan Khamis. Dia lelaki. Jarang jumpa lelaki yang buat amalan macam tu, kecuali yang wara'. Ni pandangan saya lah. Apa salahnya saya ikut amalan beliau yang baik (selain solat sunat dhuha yang diamalkannya), selain dari ada jugak niat nak slim down sikit.

Panjang berjela lah pulak intro. Sebenaqnya nak habaq, time posa ni tekak asik nak layan makan macam-macam. Maklum la makan time maghrib je. Ni baru Rejab.. belum Ramadhan lagi. Mau Ramadhan esok.. lagi la teringin macam macam. Bukan berat lagi turun. Lagi sakan naik. Dan demi melengkapkan puasa hari tu, saya telah sebut kat Baba, saya tetiba rasa sedap sangat kwey teow goreng.. lebih delisyez lagi kalau di sapot dengan carrot susu dan lebih terangkat kalau ada banana split.. mm. Tempting!

Saya sebut je.. yang pertama tu, nanti baba balik dari keja, singgah lah kat mana-mana yang dasat sedap tu, tapau je bawak balik. Yang kedua dan ketiga tu saja gatai sebut. Makcik tak dan. Time balik ngan time bukak posa adalah time yang agak sesak. Belum campur yang ajak teman pegang basikal sebab dia tak pandai nak kayuh lagi, ada yang ajak pi jalan, nak siram pokok, kutip kain di jemuran, main badminton dan layan budak nangis dan macam orang lupa dunia bila lumba lari jatuh tertungging berdarah tangan dan lutut . Baba kebetulan balik awal sikit dari biasa, tapi masih kemudian dari saya. Dia masuk dapur.Klung klang klung kleengg.. taraaa.. siap! Ni apa yang dia serve saya di petang itu.

 kwey teow kerang yang sangat best!

 banana split yang simple dan sedap

 carrot susu yang menawan 

Best kan kalau sebut ja, makanan mai.. sebut ja nak apa siap. tak payah susah-susah nak godek. Best bila Baba sudi masak. Cuma yang tak best, dapoq tunggang langgang.. makcik kena kemas. part tu tak best.




No comments:

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails