Sedang saya berdukacita dan ala-ala merajuk sikit dengan hasil ulian saya hari tu, saya terjebak dengan satu tips nak menggebukan roti.. Bukan nak menggebukan Mat Gebu tau! J Mat tu memang dah sedia-sedia gebu.. hehe.. Dan, sementelah saya tadak mood nak edit gambaq hasil dapoq saya, maka, saya sudukan pengunjung blog ni dengan info dulu, sehingga satu tarikh kelak.. *peace*. Melihat kepada petua nih, mm.. kena buat semangat baru nak uli lagi, tapi nak kena tukaq tajuk hasil ulian agar badi ulian yang lepas tak berjangkit kat yang baru nih.
Kata petua tu.. ada empat belas semuanya.. banyak tuh.. rasanya pat-pat belas ciri nak melembutkan ulian (tetiba saya suka perkataan nih), satu pun tak suit dengan apa yang telah ditragiskan. Tak pa, pujuk diri dengan mengingati sejarah Rasulullah s.a.w, di mana isteri baginda menguli tepung dengan tangan mereka sendiri untuk dimakan. Banyak pahala kat situ, InsyaAllah.
Maka, petua-petuanya adalah :
- Paling utama lah kot, sebab letak kat nombot 1, kena sukat dengan penuh ketelitian, pastikan betul.
- Gunakan tepung protein tinggi untuk dapatkan hasil yang terbaik.
- Teknik membakar juga memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan roti yang terbaik dan berkualiti.
- Pilih yis yang baru, bukan dah nak expired. Confirm dia terbantut tumbesarannya.
- Gunakan bread softener untuk dapatkan roti yang lembut dan gebu.
- Gunakan bread improver untuk memendekkan pengembangan doh , rasa yang lebih enak serta lebih lembut. Sekarang ni ramai kawan-kawan yang dah gantikan bread softener dan improver dengan water roux method.
- Dalam proses mengadun doh, masukkan bahan-bahan kering di dalam adunan dan buatkan lubang di bahagian tengah tepungKemudian barulah dituang cecair untuk menguli. Part ni, ramai kawan-kawan yang dah maju, dan pakai "anak dara" untuk bantuan penyelamat. Kalau pakai anak dara tu, senang, masuk je semua, hentak bekas, dan tekan butang "ON" je. Untuk makcik yang agak kuno ni, dan jarang-jarang sangat masuk ke dapur, makanya cara tradisional adalah cara untuk mendapatkan lebihan pahala di situ. *peace*.
- Ketika mencampurkan adunan, patikan yis tidak dimasukkan sekali dengan garam kerana yis akan mati dan tidak aktif. Bahagian ni, selalunya saya akan ikut instruksi kawan-kawan yang saya pinjam nota peperiksaan resipi mereka. Makcik tak derhaka punya.
- Menguli dengan guna mesin adalah mudah, hanya pastikan metod yang digunakan adalah betul. Kan dah cakap tadi, senang je.
- Pastikan doh dicanai di atas papan canai yang ditabur dengan sedikit tepung. Ketika menguli, lipatkan doh menghala ke anda dan tolak adunan ke hadapan dengan tapak tangan. Kemudian, pusingkan doh dan ulan proses menguli ini selama 10 minit sehingga doh lembut, licin dan kenyal.
- Sebelum memulakan proses pembakaran, pastikan doh kembang dua kali ganda.
- Kata artikel ni, nak bagi doh cepat naik dua kali ganda, letakkan doh di dalam kereta dengan cermin tertutup di tengah panas. Saya tak le penah dengaq doh sampai nak kena masuk kereta. Bukan nak pi bersoping ka, hanimun ka. Ada banyak cara lain, ada yang letak dekat-dekat dengan peti ais, ada yang masukkan dalam oven, dipanaskan dengan suhu yang terendah sampai doh kembang dua kali ganda.
- Sebelum membakar roti, pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu kerana roti memerlukan kepanasan yang maksimum untuk mengembang.
Bgi mendapatkan kulit luar roti yang lembut, pastikan permukaan roti disapukan dengan mentega dan menutupnya dengan tuala sehingga suam sebaik sahaja roti tersebut masak.
No comments:
Post a Comment