Monday, July 19, 2010

Muffin Coklat








Sepatutnya ni jadi entry kemarin. Malangnya masa saya untuk mengapdet entry ni telah dibuang oleh pengurusan tertinggi kat tempat saya. Majlis yang patutnya berlangsung tak lama, telah mengambil masa kurang dari masa menunggu dia. Tunggu dia 65 minit, majlis berlangsung 40 minit ja. Geram sungguh. Bila dok buat macam tu selalu sangat, asik minta maaf, kata maaf pon dah tak berharga. Nanti benda sama akan berlaku lagi. Yang berlaku kemarin, dengan pengalaman saya dah masuk dua kali. Bosan betul!

Well.. dah siap meluah kan kekesalah. Now back to muffin. Saya penah buat sekali dulu, sblm berblog. Ambik dari Yani@MyR. Mak saya suka muffin ni. Senang nak buat. Lazat, tu yang penting, apatah lagi nak menyapot peghut.. hehe. Jom tengok resipi :

Bahan-bahan :
  • 200 gm coklat masakan
  • 70 gm mentega
  • 2 biji telur
  • 50 gm gula halus
  • 60 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
Penyediaan :
  • Cairkan coklat guna double boiler
  • Masukkan mentega, kacau hingga cair
  • Panaskan oven pada suhu 170°C
  • Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sebati.
  • Masukkan telur dalam mangkuk coklat. Kacau sebati.
  • Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sebati.
  • Isi dalam bekas muffin, separuh atau ¾ penuh.
  • Bakar selama 20 minit.
Enjoy!



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails