Saturday, July 10, 2010

Mee Bandung







Tekak waktu puasa lagi.. Saya suungguh terasa nak makan seperti tajuk di atas. Maklumlah, mengidam berpuasa. Memandangkan saya telah study resipi dan macam ok ja, boleh setel balik keja nanti, maka saya telah bertekad untuk bersilat di dapur. Hasilnya.. kenyanglah. Apa lagi. Hehe. Saya pinjam resipi kak Noreen. Jom tengok apa yang menjadikan ia mee bandung. Sukatan, saya main ikut suka je.. agak-agak. Serius!, sedap!





Bahan-bahan :

  • Mee
  • Udang basah
  • Daging – rebus dan hiris sesedap rasa.
  • Air rebusan daging
  • Sawi
  • Gula
  • Sos tiram
  • Telur
  • Garam
  • Minyak untuk mennumis
Bahan kisar :

  • Cili kisar – ikut suka nak banyak mana. Nak pedas, taruh lebih sikit
  • Bawang merah
  • Udang kering – Saya tak letak, sebab baba kurang suka
Perencah
 
  • Fishball
  • Ayam
  • Bunga kobis
  • Daun bawang
Penyediaan :

  • Tumis bahan kisar.
  • Masukkan sos tiram, batang sawi, air rebusan daging, bunga kobis, fishball,
  • Saya masuk odang ketika hamper mendidih.
  • Biarkan pekat.
  • Saya juga pecahkan telur di dalam kuah.
  • Untuk tujuan menghidang, pecahkan telur sebijik-sebijik, biarkan mengeras dan boleh lah serve untuk sepinggan.
  • Untuk pinggan yang lain, buatlah telur yang baru di dalam periuk yang sama.
Deskripsi saya gak tak ketahuan. Begitulah juga hati dan perasaan saya ketika ini.

Enjoy!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails