Friday, July 9, 2010

Makanlah Dengan Tertib






    


Makan bukan hanya untuk kenyang, makan juga adalah untuk memanjangkan tempoh untuk hidup agar diberi kekuatan untuk terus menjalankan ibadah kepada Allah swt, bekerja untuk mendapatkan nafkah untuk keluarga. Pndek kata sangat pentinglah dalam hidup bab makan ni. Dalam makan, tak lah boleh nak main ikut suka je. Ada adab-adab yang perlu dijaga, siamalkan walaupun hanya hukumnya sunat, nak buat taka pa, tak nak buat pun tak berdosa. Cuma bila disediakan adab dalam Islam ni, eloklah kita ikut. Saya bukan nak ceramah, jauh sekali beletiaq. Cuma kebetulan laman yang saya selalu ziarah untuk makanan hati ada memaparkan adab makan dan minum dalam Islam. Jadi, saya panjangkan di sini. Dan, kadang-kadang, amalan yang kita buat, bila tak ketahui oleh orang yang tak tahu bahawa isanya adalah sunat, maka akan dilihat seperti amalan yang kurang sopan. Kenapa saya cakap macam tu?

Antara amalan yang bukan selalu lah, kadang-kadang, kalau ingat saya buat. Lihat keadaan di mana saya berada, suapya saya tak dilihat sebagai "agak buruk" di situ. Antara amalan yang dinyatakan oleh sahabat saya, Bawang Goreng, di lamannnya itu adalah jilat jari setelah makan. Tu kalau makan dengan tangan lah. Kalau dalam public, nampak tak elok kan? Bila ada kebaikan, maka ianya dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Saya pernah baca, disunatkan sebab di setiap jari yang digunakan itu, ada enzim yang berlainan yang membantu mencernakan makanan. Selain dari tu, mungkin adabutiran makanan kita yang terakhir, dan di situ terdapat keberkatan. Wallahua'lam.


Saya pinjam gambar ni dari laman sahabat saya


Lain-lain yang nampak simple, tapi sebenarnya bermakna adalah kutip atau pungut makanan yang jatuh. Saya selalu buat ni untuk anak-anak saya yang kadangnya main sambil pegang makanan, tetiba jatuh. Dan lagi, bila kita makan di atas lantai, disunatkan untuk lapik makanan dengan seprah atau alas makanan. Newspaper pun boleh, tu the least. Hanya perlu alaskan.

Sedikit yang saya petik, daripada banyak yang dikemukakan. Jelajahlah laman sesawang sahabat saya itu, di dalamnya mengandungi lebih banyak makanan hati, santapan jiwa. Moga kita bukan hanya makan untuk kekuatan fizikal, tapi juga untuk memantapkan jiwa. Saya hanya memetik sekadarnya dan mengaitkan apa yang diamalkan. Saya percaya kawan-kawan pembaca jauh lebih berilmu dari saya. Semoga apa yang saya utarakan ini akan memnafaatkan kita bersama. Wallahua'lam.

Selamat beramal dan semoga bermanfaat.

Selamat Menyambut Isra' dan Mikraj.




 

2 comments:

kzai said...

salam kenal Hann...akak suka masuk blog ni...mcm2 resipi dan info ada..nnt akak nk copy info kesihatan utk rujukan diri sendiri dr sini blh x?..akak minta maaf ye,sbb dh link blog ni lebih awal...

Hann said...

Salam k zai
terima kasih sudi singgah ke blog saya yang tak seberapa ni.
Masak pun jarang-jarang.
Ambillah mana yang patut.
Ilmu untuk kita sama berkongsi.

Link say? oh.. sangat teruja. Terima kasih. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails