Friday, July 23, 2010

Limau Purut






Entry kebun untuk kali ni. Saya suka wanginya. Lain dari limau lain. Ye lah kan, rupanya pun dah lain. Paling popular digunakan dalam masakan, terutamanya bila buat tom yam lah. Kalau tak de daun limau ni, macam tak jadik lah kiranya. Nama omputih bagi limau purut ni adalah ghost lime. Iskk. Agaknya dinamakan macam tu sebab bentuk kulitnya macam hantu langsuir tu kot. Kan peghutnya berjurai-jurai.




Gasaklah depa nak letak nama apa pun. Khasiat dia tetap tak kurang sebab nama yang tak sedap. Antara khasiat yang saya jumpa, daunnya direndam dalam air dan digunakan untuk mencuci rambut. Ada sahabat saya, kalau untuk cuci rambut, dia akan gunakan buahnya dibelah dan digsosokkan ke rambut. Katanya dapat menghilangkan kelemumur dan menyuburkan kulit kepala, serta mengurangkan rambut luruh. Dan dia juga gosokkkan ke badan masa mandi untuk hilangkan kotoran di badan. Di samping itu, dapat menghilangkan kulit bersisik dan mengelupas. Best kan kalau boleh berendam dengan wangian limau ni.


Satu petua yang saya dapat untuk melicinkan kulit adalah buahnya dibelah-belah kepada beberapa bahagian, di keringkan dan ditumbuk halus. Cara untuk guna tu, mungkin boleh dilumur terus ke badan dengan sikit bancuhan air, buat macam orang dalam pantang. Kalau nak letak kat muka tu, boleh jugak kalau dicampur dengan bedak sejuk.


Sekarang ni pun dah dikomersilkan, dah dijadikan aromaterapi dah. Dipercayai dapat menenangkan diri dan membantu menghilangkan stress, melegakan otak.. iskk.. terbayang berendam dalam air limau.


Jus limau ni boleh juga diperahkan ke dalam teh, dapat membantu menghilangkan selsema. Saya suka sangat minuman yang ada aroma limau atau rasanya masam-masam manis begitu. Teringat dulu, masa mengandung, esoknya nak c-sect, masa mengandungkan azim (ketiga), saya gigih makan aiskrim limau.. yang melekat kat kayu, kat luarnya warna hijau, dank at dalamnya macam krim yang lemak-lemak sedap gitu. Dah belasah dua batang, baru ingat esok paginya nak operate. Tetiba takut terbatuk-batuk lepas operate, mau terbukak perut. Arghh!! Ngeri. Terus berenti, bagi kat baba untuk habiskan.


Lupa nak bagitau, limau purut ni bukan dari kebun saya, dari kebun jiran sebelah sebenarnya, merimbun masuk dalam pagar rumahnya ke dalam kawasan rumah saya. Tumpang syafaat jiran. Tehee.


Semoga bermanfaat dan selamat beramal.




  

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails