Friday, July 23, 2010

Ikan Goreng Dalam Sos Limau Purut







Pagi tadi, sebaik saya publish post Limau purut saya ke udara, tetiba nampak "iklan" ni kat dapur Hana. Terus dapat idea untuk masak lunch since hari ni Jumaat, Kedah adalah hari cuti. Dan kali ni jugak tetiba rasa macam seangkatan dengan blogger professional yang ikut peredaran resipi. Selalunya saya ikut suka je. Kali ni (je kot..) sama macam dapur orang lain yang dah meriah-ria dengan pelbagai resipi. Resipi original kat sini. Saya terakhirnya singgah di sini untuk dapatkan resipi. Ikan dia sama jenis dengan ikan saya. Betullah kata Yani.. anak-anak suka. Mulanya agak gayat sebab ada sorang dua yang agak cerewet tentang makan, tak boleh bau yang lain macam, tak boleh nampak cabai yang rupanya adalah cabai. Tapi, untuk yang ni, ok. Stabil je se semua. Tiada rungutan. Habis. Licin. Jom tengok respi, pinjam dan letak kat sini dari Yani (tq dear!).




Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan bawal
  • 1/4 cawan tepung serbaguna
  • 2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
  • Minyak untuk menggoreng
Penyediaan :

  1. Bersihkan ikan dan keringkan.
  2. Lumurkan ikan dengan tepung dan goreng hingga keemasan.
  3. Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
  4. Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan
Utk Sos :

  • 5 ulas bawang putih ~ dicincang
  • 3 ulas bawang merah ~ dicincang
  • 5 bj cili padi hijau ~ diicincang
  • 5 bj cili padi merah ~ dicincang
  • 3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1/4 cawan cuka
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 2 - 3 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • 1/2 kiub stok ayam
  • 1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
  • Minyak
Penyediaan Sos :

  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
  • Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
  • Masak hingga mendidih.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
  • Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.
Enjoy!






2 comments:

Jagungmanis said...

salam kunjung balas,
wow.. sedapnya ikan goreng tu... nyam..nyam...

saya follow ya, kak :) Ty

Unknown said...

dear deetha.

Terima kasih sudi singgah. tq sudi ikut.

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails