Sekarang ni suasana Ramadhan dah terasa sangat walau masih ada dalam seminggu lebih lagi nak berpuasa. Sekarang ni pun ramai yang dok marathon puasa, sebelum masuk musim yang baru, tak kurang juga yang puasa demi mengejar pahala bulan Sya'aban yang tak kurang hebatnya dari bulan Ramadhan. Saya pun, dengan ini mengambil kesempatan untuk sama berkongsi maklumat tentang persediaan untuk berpuasa, iaitu sahur.
Ada kawan saya yang bersahur awal, seawal jam dua belas, ada yang sahur jam 2, sebab katanya nak bagi peluang kat anak-anaknya makan dulu, dan tidur semula yang agak lama sebelum bangun pi sekolah. Setahu saya, seeloknya bersahur di akhir waktu, sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Kata Baginda, "bersahurlah kamu kerana pada sahur itu terdapat keberkatan" – riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi Nasai dan Ibn Majah. Saya petik maklumat ni dari Majalah Midi, September 2007.
- Melalui sahur ini lah tenaga dibekalkan untuk badan untuk digunakan sepanjang hari. Kalau tak ambil sahur ni, badan lemah pulak nanti.
- Penting untuk simpanan energi untuk aktiviti pada waktu siang.
- Ada juga yang sebenarnya sanggup tak sahur, sebab time nil ah juga nak cepat turunkan badan. Maka, depa pilih untuk tak sahur. Minum saja. Kalau tak makan, orang tu akan menjadi hiplogikimia di mana paras gula akan menurun. Ini akan menyebabkan rasa mengantuk, badan menjadi lesu, letih dan mengantuk. Silap-silap boleh naik paras darah.. cepat marah.
- Penekanan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan adalah sangat baik dan telah dibuktikan melalui kajian sains.
- Menurut pendekatan sains, sahur ni menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan yang paling utama dalam tempoh 24 jam adalah sarapan pagi.
- Kajian mendapati bahawa mereka yang tidak bersarapan berisiko untuk mendapat kencing manis, menjadi gemuk dan sakit jantung.
- Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma"
Ramadhan Mubarak.
Semoga bermanfaat dan selamat beramal.
1 comment:
salam ziarah kembali.
artikel ni bagus.. lagi2 Ramadhan yang bakal menjelma.
thanks for sharing
http://www.hana-alrangi.blogspot.com/
http://butik-hs.blogspot.com/
Post a Comment