Saturday, July 3, 2010

Keistimewaan Susu Kambing






Satu cara yang paling mudah dan sedap kalau nak minum susu kambing ni adalah dengan menjadikannya sebagai kopi atau teh. Minum dalam keadaan susu yang panas atau sejuk pun lazat. Ketika saya ke Mumbai dulu, saya adalah sangat suka akan kopinya yang dibuat dengan susu segar ni. Sedap sungguh! tambahan pula masa tu, saya mengandung lima bulan.. cara tersebut adalah paling mudah nak dapatkan kalsium.


Susu kambing sememangnya kaya dengan protein, enzim dan vitamin A. Mengandungi faktor anti-athritis (kesakitan sendi) dan anti barah. Lazimnya bayi yang baru lahir, terutama yang di bawah 2.5 kg ni, amat mudah dijangkiti demam kuning. Ni ikut pengalaman saya, dan kata staf nurse yang datang ke rumah buat spot check masa saya dalam pantang dulu. Dan, tak dinafikan, ramai yang sebut susu kambing ni adalah antara yang terbaik untuk mengawal demam kuning, selain petua-petua lain.

Susu kambing juga dikatakan dapat mengubati penyakit kulit, gastrik, asma, kencing manis, insomnia dan ulser. Mudah dihadamkan kerana zarah lemaknya lebih kecil.

Meminum susu kambing ni juga adalah amalan Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya dinyatakan bahawa susu kambing ni adalah pilihan yang lebih baik dari susu lembu. Di antara gangguan kesihatan yang ditimbulkan dari mengkonsumsi susu sapi adalah kegemukan, asma, infeksi paru-paru, alergi dan tuberkulosis, meskipun pada umumnya ahli gizi dan dokter berpendapat bahwa susu sapi dapat menjadi bahan makanan sumber berbagai macam antibodi untuk melawan penyakit.

Memandangkan banyak sungguh khasiatnya, sekarang ni pun dah boleh didapati dalam bentuk yang lebih mudah, tak payah susah-susah nak pegi cari kambing, and perah susu dari situ. Ada dalam bentuk susu yang ditinkan, pil or kapsul, nak rawat kulit dan up sikit kecantikan, boleh beli produk Bellina. Ada banyak lagi produk lain, Hi-Goat, Hiraq, sekadar menyebut beberapa nama. Heheh.. promosi percuma kat sini.

Semoga bermanfaat dan selamat beramal!


4 comments:

dZana said...

slm hann.. jln2 diptg sabtu..

Amalblogbiz said...

Kat umah ada lebihan susu kambing Hi-Goat.. org mgandung peringkat awal boleh minum tak.

Unknown said...

salam k dZana.

terima kasih sudi singgah. Jemput singgah lagi. :)

Unknown said...

K amal

Mengikut pembacaan saya, elok sangat susu kambing untuk orang mengandung, tambah lagi bagi yang alergik dengan susu lembu. Semua khasiat yang terkandung dalam susu kambing adalah jauh lebih baik dari susu lembu.Sesuai untuk perkembangan bayi.

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails