Friday, July 2, 2010

Dating








Hari Isnin lepas, saya mencutikan diri sekejap dari suasana pejabat. Mujur juga tiada kerja yang mendesak. Sementelah cuti tahun dan gantian ada banyak lagi. Suka sungguh kalau dapat lari dari opis apatah lagi kalau dapat mengholidaykan diri dengan baba. Bukan sesaja nak cuti, tapi selalunya akan menguruskan hal-hal yang berkaitan tanpa perlu bawa anak-anak. Agak mudah dan cepat di situ. Kalau bawa power rangers biru, hijau, kuning dan merah tu, kadang-kadang kerja yang sekejap akan jadi lama, tak masuk dengan adegan yang susah nak dikawal.

Memandangkan sebelah paginya kami breakfast jauh di Parit Buntaq dengan sesuatu yang berat, maka, sebelum balik, baba ajak makan lagi. Hari makan sedunia kalau dating dengan baba nih. Tembun la makcik nih.

Makan nih, untuk tumbesaran yang membina!






No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails