Sunday, July 25, 2010

Cinnamon Twisted Bread






Minggu lepas, rakan sekerja saya menegur yang saya dah lama tak bawakan mereka roti yang saya sediakan. Merajuk, berikutan peristiwa tragis dulu. Hehe. Tapi, Jumaat lepas, setelah meronda-ronda FP Kak Rinn yang sungguh glamer itu, sya telah digoda dengan rotinya yang ini. Kalau tak buat pun, saya memang suka roti yang bercinnamon ini. Takut dengan peristiwa tragis hari tu, saya gagahi juga. Tah hapa-hapa kan? Nak buat tu pun kena merajuk la bagai la.



Memandangkan petang tu agak senggang, (tak.. Baba tak de sebenarnya, so tak pi mana-mana) saya uli tepung untuk menghasilkan roti ni. Hasilnya.. serius! Tak tipu! Best! Sedap! Lembut.. gebu.. tak berminyak.. saya suka! Aroma masa membakar tu juga sungguh menakjubkan. Dan paling best tengok anak-anak makan roti ni paling bersungguh-sungguh berbanding roti-roti lain. Jom tengok resipi kak rinn yang saya buat nih. Resipi Kak Rinn dalam bahasa Arab omputih. Saya translate :




Bahan-bahan :
  • 400 gm tepung berprotein tinggi
  • 12 gm yis kering
  • ½ sudu teh bread improver
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji telur (saiz sederhana)
  • 48 gm gula caster (saya guna soft brown sugar)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 60 gm marjerin
  • 190 gm air
  • 1 biji telur/egg yolk untuk disapu ke atas roti

  • Untuk ditaburkan ke atas roti, campurkan 1 sudu teh cinnamon powder/erbuk kayu manis dan 3 sudu teh gula caster atau brown sugar


    Penyediaan :

  • Dalam mangkuk yang besar, campurkan tepung, yis, susu tepung, gula, garam dan bread improver. Gaul sebati.

  • Semasa menggaul, masukkan telur dan diikuti dengan marjerin. Gaul sehingga menjadi crumble macam tu.

  • Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.

  • Tutupkan doh dengan plastik dan rehatkan selama 10 minit.

  • Bahagikan doh kepada lapan bahagian kecil dan bulatkan. Tutup dengan plastic dan rehatkan selama lima minit.

  • Dengan menggunakan tangan, uli setiap doh yang kecil menjadi panjang-panjang atau panjang macam sosej. Rehatkan selama tiga minit bagi setiap doh selama 3 kali sehingga doh menjadi panjang lebih kurang 18 – 20 cm.

  • Pusingkan doh.. untuk detail cara, sila rujuk sini.
    Rehatkan selama 10 minit, atau sehingga naik dua kali ganda.

  • Sapukan/Beruskan permukaan roti dengan telur/egg yolk (kak rinn kata egg yolk.. saya bantai egg.. pukul sikit dan sapu)

  • Taburkan campuran serbuk kayu manis dan gula ke atas permukaan roti. Boleh tambah raisin kalau suka.

  • Bakar pada suhu 190°C selama 10 – 15 minit atau sehingga roti bertukar menjadi keperangan.
Amacam translation saya? Boleh jadi Geng Bas Sekolah Dewan Bahasa dan pustaka tak? Haha.
Enjoy!

Tekstur dalaman yang sungguh menggiurkan..

dan menawan kalbu


2 comments:

Dessert Queen said...

Owh..I'll make one!Hihih

Unknown said...

Nowwa : Yeah. Silakan. Anda pasti terpesona. Hihi

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails