Monday, May 3, 2010

Mekar Harum Mewangi


Agak lama saya tak letak entry tentang farmville saya. Sibuk lagi sehingga akhir minggu ni.. Kebetulan hari ni agak tegang sikit, sehingga ke petangnya. Mujur balik rumah agak lega sebab kanda sudi mendengar saya melepaskan rasa bengang .. hahah.. nasib la.. Tq  ye baba!

Sebaik di rumah, setelah melampiaskan rasa-rasa yang tidak sempurna itu, saya melilau di taman. Wangi semerbak bunga cempa dari pokok yang baba tanam. Dah besaq pokok tu,bunga pon dah sakan mengembang, melebarkan bau harum wanginya ke hampir seluruh taman saya. Kebetulan baba tanam di depan rumah. Kata mak saya tatkala tengok pokok terpacak di laman, orang tak tanam pokok wangi-wangi ni kat depan rumah.. ada sebab katanya lagi, hantu suka kat bau-bau wangi nih .. Kami  gelak je.. Well, dah tepacak kat situ.. biarlah.. 

Lupa.. kat daerah sini dipanggil bunga cempa.. bunga cempaka? sama ka? heheh.. ampun makcik ni lah ye.. suka bunga.. nama ja kengkadang mix around.. 



di pokok

wangi sungguh!




2 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam ziarah...
Nak kata bunga cempaka mcm bukan..
Dalam farmville ada tak bunga tu..? hehe

Hann said...

Dear sari.

Thanks sudi singgah.
kat Kedah ni memang dikenali dengan bunga Cempa.. Di kalangan orang India, memang amat digemari. Tapi, wangi sungguh! Semerbak! macam bunga melur jugak.
heheh.. ni farmville saya.. ada lah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails