Tuesday, May 11, 2010

Cheese Tart



Sesungguhnya tart ini bukanlah sejenis makanan yang saya suka nak makan.. nak buat pun rasa kurang teruja.. sebab utama adalah rasa nil ah bendanya yang menyebabkan badan saya mengembang. Tapi, selalunya kalau ada, tak penah tolak rezeki.. dan makan tak pernah kurang dari satu.. hehehe.. Dan kebetulan melihat Fiza.. kawan saya buat tajuk ni sambil tayang kat saya melalui kawannya.. makanya saya telah berusaha bersungguh-sungguh buat benda alah ni.. geram kat dia sebab dia dah buat dulu dari saya.. Apa pun, tq kat Fiza sebab Berjaya menyuntik semangat nak menggodek benda ni. Jom layan resipi, kebetulan terjumpa di blog Mama Fami dan Rinn' FP. TQ!
Bahan-bahan :
  • 160 gm butter
  • 80 gm gula castor (saya guna gula biasa)
  • 1 sudu teh vanilla essence
  • Sedikit garam
  • 1 biji telur
  • 250 gm tepung
Penyediaan :
  • Pukul butter dan gula sehingga mesra.
  • Masukkan telur, vanilla dan garam. Pukul seketika.
  • Masukkan tepung, dan campurkan semuanya sehingga menjadi doh/pastry yang lembut.
  • Simpan dalam peti sejuk selama lebih kurang 30 minit.
  • Canai/tekan doh/pastryke dalam bekas tart. Tebuk lubang kecil-kecil di dasar pastry menggunakan garfu.
  • Bakar selama 20 minit atau sehingga golden brown, pada suhu 180°C.

Jom tengok pulak penyediaan filling tart ini.
Bahan-bahan :
  • 250 gm cream cheese
  • ¾ cawan atau 60 gm gula castor
  • 20 gm butter / whipping cream
  • 1 biji telur
Penyediaan :
  • Campurkan semua bahan di atas dan pukul sehingga mesra semuanya, dan cream like..
  • Masukkan dalam piping bag, atau boleh juga gunakan plastic bersih, dan tebuk lubang kecil di hujungnya.
  • Paipkan filling atas tart shells tadi.
  • Masukkan sikit blueberi / strawberi / coklat filling di atasnya
  • Gunakan toothpick, atau lidi untuk bentukkan corak.
  • Masukkan semula ke dalam oven lebih kurang 10 minit, menggunakan "bottom heat" sahaja.
Enjoy!










No comments:

Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails