Monday, May 10, 2010

Pancake




Resipi ni saya ambil dari dapur Mat Gebu.. TQ Mat..
Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 camca teh baking powder
  • 1 camca besar gula halus
  • 1 cawan susu segar (atau boleh juga 1 cawan air dan 2 camca besar susu tepung
  • 1 biji telur
  • 3 camca besar mentega, dicairkan dan sejukkan
  • ½ camca teh esen vanilla (optional)
  • Secubit garam
Penyediaan :
  • Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisk sampai sebati, halus dan tidak berbintik-bintik, atau masukkan dalam blender dan kisar rata. Rehatkan adunan selama 10 minit.
  • Panaskan non stick frying pan. Dengan menggunakan api yang kecil, sapukan sedikit mentega, lapkan dengan paper towel. Tuangkan ½ cawan adunan penkek di tengah-tengah pan. Biarkan sehingga permukaan lubang-lubang dan kering. Terbalikkan dan masak sekejap.
  • Pastikan api kecil. Jangan ada tompokan minyak pada pan. Nanti tak cantik.
Enjoy!




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails