Sunday, April 11, 2010

Sotong Sumbat Berempah



Jom layan resipi ni. Best! Tak ingat kat mana ambil resipi ni. Masa ambil tu tak catat. Tapi, ada nama Jeni kat printed version. Kata Jeni, resipi ni sumber dari Variasi Masakan Utara oleh Chef Norzailina Nordin. Apa pun, sangat best, dan tq K. Jeni!

Bahan-bahan :

  • 600 gm sotong
  • 500 ml air (agak-agak saja)
  • 3 biji telur
  • 1 biji bawang besar, dicincang halus
  • 1 biji cili merah, buang biji dan dicincang halus
  • 1 biji cili hijau, buang biji dan dicincang halus (tak letak)
  • 1 biji bawang besar, dihiris bulat
  • 2 sudu rempah kari ikan (saya guna rempah kari daging/ayam.. macam k jeni jugak)
  • 2 sudu makan cili kisar (saya letak satu sudu saja)
  • 1 sudu makan kicap
  • ½ sudu teh lada hitam
  • Minyak masak
  • Lidi koktel secukupnya
  • Garam secukup rasa
Penyediaan :

  • Pukul telur, separuh bawang, cili hijau, cili merah dan garam sehingga rata.
  • Panaskan satu sudu makan minyak masak. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Andkat dan sejukkan.
  • Sumbatkan telur ke dalam sotong. Sematkan kepalanya dengan lidi. Ketepikan.
  • Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan baki bawang dan cili hingga berbau.
  • Masukkan rempah kari dan cili kisar. Bila garing, masukkan air. Bila kuah hamper pekat, campurkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula.
  • Akhir sekali, masukkan pula sotong sumbat. Kacau sekali sekala hingga sotong masak dan kuahnya pekat. Bubuh bawang besar yang dihiris bulat. Kacau hingga layu. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang.
Enjoy!






No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails